Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • PKMS anjur program derma darah 4.0 esok
  • Tengah
  • WILAYAH

PKMS anjur program derma darah 4.0 esok

Utusan Sarawak 6 hours ago
PROGRAM DERMA DARAH PKMS di Sibu esok.

SIBU: Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS) akan menganjurkan Program Derma Darah 4.0, bagi membantu memastikan bekalan darah di Hospital Sibu sentiasa mencukupi.

Program yang dijalankan dengan kerjasama Tabung Darah Hospital Sibu dan Star Mega Mall itu akan berlangsung esok dari 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari di Orange Zone, Star Mega Mall di sini.

Bank Darah Hospital Sibu menerusi hantaran di Facebooknya memberitahu, program berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha berterusan persatuan itu dalam meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan menderma darah sebagai amalan mulia yang mampu menyelamatkan nyawa.

Selain itu, kempen tersebut turut bertujuan memastikan bekalan darah di Tabung Darah Hospital Sibu berada pada tahap mencukupi bagi kegunaan kes kecemasan, pembedahan dan rawatan pesakit.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen derma darah sepanjang 2026 boleh mengikuti Facebook, Instagram dan TikTok Bank Darah Hospital Sibu.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Projek RTP 2025 DUN Tamin bermula di Rumah Panjang Nanga Alat
Next: 15 projek infrastruktur Mid Rajang diluluskan, pelaksanaan fizikal bermula hujung tahun ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.