Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • PJRM, pendapatan boleh guna antara strategi utama tangani kos sara hidup 
  • NASIONAL

PJRM, pendapatan boleh guna antara strategi utama tangani kos sara hidup 

Utusan Sarawak 10 hours ago
TIMBALAN Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Dr Fuziah Salleh ketika temu bual eksklusif bersama Bernama bagi mengulas mengenai kos sara hidup dan harga kawalan barangan di Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup di sini. Kerajaan terus memperkasa inisiatif menangani tekanan kos sara hidup rakyat menerusi pendekatan serampang dua mata — memperbanyakkan Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) dan menaikkan lantai pendapatan rakyat. Fuziah berkata PJRM memberi peluang kepada rakyat mendapatkan barangan keperluan pada harga lebih rendah menerusi diskaun yang ditawarkan, sekali gus membantu menjimatkan perbelanjaan harian. Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Kerajaan terus memperkasa inisiatif menangani tekanan kos sara hidup rakyat menerusi pendekatan serampang dua mata — memperbanyakkan Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) dan menaikkan lantai pendapatan rakyat.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Dr. Fuziah Salleh berkata PJRM memberi peluang kepada rakyat mendapatkan barangan keperluan pada harga lebih rendah menerusi diskaun yang ditawarkan, sekali gus membantu menjimatkan perbelanjaan harian.

“Kita sukar mengawal harga pasaran global. Sebagai contoh, barangan seperti bawang yang 100 peratus diimport, tertakluk kepada harga dunia. Namun, kerajaan tetap ambil langkah proaktif seperti Jualan Rahmah bagi memastikan rakyat tidak terbeban.

“Bila pendapatan boleh guna (disposable income) rakyat terhad, bantuan seperti ini membolehkan mereka mendapatkan barangan asas pada harga berpatutan. Jika kerajaan tidak campur tangan, bagaimana rakyat mahu memanfaatkan lebihan pendapatan?” katanya dalam temu bual eksklusif bersama Bernama baru-baru ini.

Beliau menegaskan pendekatan kerajaan menumpukan kepada dua aspek utama iaitu meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat serta mengawal harga barangan adalah langkah tepat dalam mengimbangi tekanan kos sara hidup.

“Kerajaan bukan hanya naikkan lantai pendapatan, tetapi juga pastikan harga barangan keperluan dikawal supaya rakyat benar-benar dapat merasai kesan positifnya,” katanya.

Mengulas lanjut, Fuziah berkata kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah untuk meningkatkan pendapatan rakyat termasuk menaikkan gaji minimum, menyelaras semula gaji penjawat awam serta menetapkan kadar gaji minimum di sektor tertentu.

Katanya, peruntukan PJRM turut ditingkatkan kepada RM600 juta tahun ini berbanding RM300 juta sebelum ini, membolehkan program itu dilaksanakan dengan lebih kerap meliputi kesemua 600 Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara.

“Dengan peruntukan sebelum ini, kita hanya mampu adakan dua kali jualan sebulan di setiap kawasan DUN. Kini, kita boleh laksanakan sehingga empat kali sebulan, atau sekali seminggu bagi setiap DUN.

“Bayangkan, satu kawasan Parlimen ada tiga DUN. Setiap minggu akan ada jualan di lokasi berbeza. Kalau rakyat terlepas minggu ini, minggu depan mereka masih boleh ke DUN berhampiran. Kita mahu pastikan akses mudah dan berterusan,” katanya.

Mengenai cadangan memperluaskan senarai barangan dalam Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), Fuziah menjelaskan perkara itu di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan (MOF).

Bagaimanapun, katanya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)  sentiasa menyalurkan maklum balas rakyat kepada MOF untuk penambahbaikan berterusan.

“MOF ambil maklum dan memang sedang menambah senarai SKU (jumlah barangan yang ditawarkan). Saya lihat sendiri semasa turun padang, kini pelbagai jenama barangan keperluan wanita dan juga mi segera sudah dimasukkan,” katanya.

Menurutnya, penambahbaikan senarai barangan bantuan akan diteruskan berdasarkan keperluan dan suara rakyat, kerana kerajaan sentiasa mendengar maklum balas pengguna.

Dalam pada itu, Fuziah menegaskan KPDN komited memastikan ekosistem perniagaan negara bebas daripada pengaruh kartel, ditadbir secara adil dan menyeluruh.

Ia termasuk melalui pemantauan berterusan oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC), kawalan terhadap pencatutan serta pengurusan bekalan barang.

“Pemantauan dilakukan melalui pelbagai saluran — aplikasi Price Catcher, pemeriksaan berkala oleh penguat kuasa serta pelaksanaan akta berkaitan.

“Kita ada Akta Kawalan Bekalan 1961, Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 serta Akta Persaingan 2010, semuanya untuk pastikan rantaian perniagaan dalam negara dikawal dengan adil dan saksama,” katanya.– Bernama

Continue Reading

Previous: KWSP teliti skim pencen bulanan bawah RMK13

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.