Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Pique kibar bendera putih
  • SUKAN

Pique kibar bendera putih

Utusan Sarawak 5 years ago
GERARD PIQUE

GERARD Pique berkata perlumbaan merebut kejuaraan La Liga akan memihak kepada Real Madrid selepas Barcelona hanya mencatat keputusan seri tanpa jaringan ketika berdepan Sevilla awal pagi semalam.

Ini adalah kali pertama Barca gagal meraih tiga mata sejak liga kembali bersambung dan Madrid mampu untuk merampas kedudukan teratas hujung minggu ini.

Selepas mencatat kemenangan 3-0 ke atas Valencia Khamis lalu, pasukan Zinedine Zidane akan menyamai mata dengan The Catalan jika mereka mampu menumpaskan Real Sociedad awal pagi esok dan memintas mereka berdasarkan rekod pertemuan sesama sendiri.

“Melihat apa yang kami sudah lakukan dalam dua perlawanan terakhir, ia dilihat sangat sukar untuk memenangi kejuaraan liga.

“Apa yang saya lihat, ia sangat sukar buat Madrid untuk kehilangan mata,” kata Pique.

Ditanya mengenai analisis Pique, jurulatih Barcelona, Quique Setien menganggap apa yang diluahkan oleh pemainnya itu lebih kepada kekecewaan.

“Saya rasa dia berkata begitu sebab dia kecewa. Saya masih optimis. Saya rasa ia akan menjadi sukar untuk semua orang bagi mencari mata maksimum,” kata Setien.

Sementara itu, satu mata dianggap sangat berharga buat Sevilla apabila boleh menjarakkan diri dengan Getafe di atas kelebihan lima mata.

Dalam pada itu, Marseille didenda sebanyak tiga juta euro (RM14.3 juta) kerana melanggar peraturan kewangan (FFP) tapi berjaya terlepas digantung daripada menyertai saingan Eropah.

Kelab Perancis itu menduduki tangga kedua Ligue 1 itu selepas saingan di Perancis dibatalkan kerana Covid-19 dan layak ke Liga Juara-Juara buat pertama kali sejak 2013.

Walaupun mereka berjaya terlepas penggantungan yang dilakukan Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) ke atas Manchester City, badan induk Eropah melalui badan kawalan kewangan kelab (CFCB) mengenakan hukuman lain sekali gus membuat kelab kurang meraih keuntungan dan lebih mencabar.

CFCB memotong 15 peratus wang yang bakal diterima Marseille di atas penyertaannya dalam saingan Eropah untuk dua musim dan menghadkan jumlah pemain mereka kepada 23 orang sehingga musim 2022/23.

Kelab berkenaan membayar melebihi defisit maksimum yang disepakati bersama UEFA.

Selepas dihukum ketika Liga Europa dengan dikenakan denda, mengurangkan pendapatan dan mengecilkan skuad, selepas ketirisan sebanyak €78.5 juta (RM374 juta) pada 2017/18, kelab berkenaan berjanji tidak akan melebihi €50 juta euro (RM238 juta) namun dilaporkan rugi sebanyak €91 juta euro (RM434 juta) pada 2018/19.

Kelab berkenaan memberi alasan pemilik, Frank McCourt, yang mengambil alih pada Oktober 2016, memerlukan pelaburan tinggi dan sudah menyuntik dana €250 juta (RM1.1 bilion).-AFP

Continue Reading

Previous: Gattuso raih trofi sulung
Next: Rela lepaskan pemain

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.