Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • PinKS @ UiTM 2025 pemangkin Sarawak ke arah negeri berteknologi tinggi
  • TEMPATAN

PinKS @ UiTM 2025 pemangkin Sarawak ke arah negeri berteknologi tinggi

Utusan Sarawak 1 month ago
DATO Sri Roland Sagah Wee Inn semasa merasmikan PinKS @ UiTM 2025 di UiTM Cawangan Sarawak, hari ini.

KOTA SAMARAHAN: Pertandingan Inovasi STEM Kota Samarahan 2025 (PinKS @ UiTM 2025) bukan sekadar platform untuk pelajar menonjolkan kreativiti dan inovasi, malah dilihat sebagai pemangkin penting dalam strategi pembangunan Sarawak ke arah negeri berteknologi tinggi.

Menurut Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn, pertandingan anjuran UiTM Cawangan Sarawak menerusi Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri (PJI) tersebut menyokong secara langsung aspirasi Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) dalam memacu inovasi, memperkukuh keupayaan digital rakyat dan membina bakat masa depan.

“Salah satu kekuatan utama pertandingan ini ialah penyertaan bersama pelajar sekolah menengah dari seluruh Kota Samarahan dan pelajar UiTM, sekali gus merapatkan jurang institusi pendidikan serta memupuk kolaborasi rentas peringkat.

“STEM merupakan tiang utama dalam ekonomi berasaskan teknologi dan penyertaan pelajar dalam pertandingan seperti PinKS berupaya memupuk minat awal terhadap bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik.

“Kita mahu pelajar Sarawak bukan sekadar pengguna teknologi, tetapi pencipta dan penyumbang kepada penyelesaian global,” katanya.

Selain itu, beliau turut menegaskan komitmen kerajaan negeri untuk terus menyokong program berimpak tinggi seperti PinKS sebagai asas dalam memperkasa ekosistem pendidikan dan inovasi di Sarawak.

Dalam pada itu, Rektor UiTM Cawangan Sarawak, Profesor Dr. Firdaus Abdullah turut berkongsi bahawa universiti tersebut bakal bekerjasama dengan Pusat Sains Negara untuk menganjurkan Minggu Sains Negara pada 4 dan 5 Mei akan datang, di UiTM Sarawak dan bakal dirasmikan oleh Sagah.

“Program ini yang pertama kali diadakan di UiTM dan juga di Sarawak turut melibatkan lawatan ke beberapa sekolah sebagai usaha memperkenalkan sains dan teknologi kepada pelajar dan masyarakat.

“UiTM Sarawak amat menyambut baik usaha kerajaan negeri dalam membangunkan bakat muda dalam bidang STEM dan komited untuk terus menjadi rakan strategik dalam memperkasa pembangunan modal insan berasaskan teknologi di Sarawak,” jelasnya.

DATO Sri Roland Sagah Wee Inn bersama kenamaan lain merakam gambar bersama yang lain pada PinKS @ UiTM 2025 di UiTM Cawangan Sarawak, hari ini.

PinKS @ UiTM 2025 yang berlangsung selama dua hari dari 15 hingga 16 April menghimpunkan pelbagai projek inovatif oleh pelajar sekolah dan universiti yang menjadi platform penting memperkasakan pelajar dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan pendedahan terhadap inovasi, seiring usaha kerajaan mencapai sasaran 60 peratus penyertaan STEM menjelang 2030.

Majlis turut menyaksikan sesi menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak dan Konsortium Bumi Consultant & Services Sdn. Bhd. sebagai langkah memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara institusi akademik dan pihak industri.

Turut hadir ialah Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) Adana Jed, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kuching Kon Siew Boi, Pengarah Urusan Kumpulan Konsortium Bumi Consultants and Services Sdn. Bhd. Dati Ir. Janang Bungsu bersama delegasi serta tetamu kehormat lain.

Oleh Masrin Affirah

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Sarawak jadi tuan rumah pertama ICW Borneo 2025 & BuildXpo, Mei Ini
Next: MBKS alu-alukan enam ahli baharu Majlis Kanak-Kanak Kuching Selatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.