Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pindahkan sekolah kerap banjir ke lokasi lebih tinggi 
  • WILAYAH

Pindahkan sekolah kerap banjir ke lokasi lebih tinggi 

Utusan Sarawak 3 months ago

Dato Sri John Sikie Tayai melawat kawasan banjir sambil memantau penyelarasan bantuan makanan untuk mangsa terjejas.

TATAU: Pihak berkuasa diminta untuk memindahkan sekolah yang kerap dilanda banjir ke lokasi lebih tinggi.

Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Dato Sri John Sikie Tayai berkata sekolah yang kerap banjir di sini seperti SK Muput, SK Kuala Muput, SK Nanga Penyarai, SK Rumah Tayai, dan SK Rumah Keseng perlu dipindahkan.

“Saya menyeru Jabatan Pendidikan serta Kementerian Pendidikan Sarawak dan Persekutuan untuk mempertimbangkan cadangan pemindahan sekolah-sekolah ini. 

“PIBG sekolah juga disarankan untuk mengemukakan cadangan lokasi sesuai untuk pembinaan sekolah baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Rumah Steven Jeli di sini semalam, yang menempatkan 34 penduduk daripada 13 keluarga yang terjejas akibat banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Muput.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kakus itu, banjir yang kerap melanda kawasan tersebut bukan sahaja mengganggu pembelajaran pelajar malah juga menyebabkan kerugian akibat kerosakan harta benda.

Sementara itu, beliau turut mencadangkan agar rumah panjang yang diwartakan sebagai PPS dilengkapi dewan bagi keselesaan penduduk yang dipindahkan semasa bencana.

“Setiap rumah panjang yang diwartakan sebagai PPS dicadangkan dibina sebuah dewan untuk memastikan penduduk lebih selesa ketika dipindahkan. 

“Kita akan mengemukakan cadangan ini melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN),” katanya.

Selain itu, beliau turut memaklumkan mengenai penghantaran bekalan makanan ke kawasan terputus hubungan yang dirancang menggunakan helikopter Unit Udara Bomba mulai esok. 

Sehingga kini, menurutnya, sebanyak 572 pek bekalan makanan telah dihantar ke kawasan terjejas sejak operasi bermula pada 25 Januari lalu.

“Untuk kawasan yang belum menerima bantuan makanan, saya berharap penduduk dapat bersabar. 

“Bantuan sedang diusahakan, terutama bagi kawasan yang hanya boleh diakses melalui udara. 

“Keadaan cuaca juga memainkan peranan penting,” ujarnya.

Hujan lebat pada 22 dan 23 Januari lalu menyebabkan beberapa kawasan seperti Penyarai, Ulu Anap, Kakus, Muput, dan Nanga Tau terputus hubungan, manakala beberapa sekolah turut dilanda banjir.

PPS Ruanh Steven Jeli diisytiharkan dibuka oleh Pegawai Daerah Tatau merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, Calvin Ligong pada jam 9 malam, 23 Januari lepas.

Continue Reading

Previous: TBC medium erat perpaduan
Next: Rumah Terbuka TBC ADUN Tanjong Batu, SUPP Cawangan Bintulu 15 Februari ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.