Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Pindaan Ordinan Buruh Sarawak lindungi hak 1.46 juta pekerja 
  • SEMASA

Pindaan Ordinan Buruh Sarawak lindungi hak 1.46 juta pekerja 

Utusan Sarawak 5 months ago

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Ordinan Buruh Sarawak (Pindaan) 2024 yang diluluskan oleh Dewan Rakyat hari ini bakal memastikan hak 1.46 juta pekerja di negeri itu dilindungi.

Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong berkata ia merupakan pindaan bersejarah kepada Ordinan Buruh Sarawak setelah hampir 20 tahun ia dipinda iaitu pada 2005.

“Ini adalah undang-undang perburuhan terakhir yang kita nak sempurnakan pada tahun ini,” katanya pada sidang media di bangunan Parlimen.

Beliau berkata Kementerian Sumber Manusia telah menyempurnakan lapan undang-undang perburuhan besar melibatkan isu seperti gaji, keselamatan sosial, keselamatan dan kesihatan di tempat kerja, gerakan kesatuan sekerja dan hak serta perlindungan pekerja.

Rang undang-undang itu, yang antara lain menyaksikan kenaikan jumlah cuti bersalin kepada 98 hari berbanding 60 sebelum ini, diluluskan oleh Dewan Rakyat dengan lebih suara bersetuju.

Ia juga melibatkan bayaran kerja lebih masa, bekerja pada cuti umum dan hari rehat yang dihadkan kepada pekerja bergaji di bawah RM4,000 sebulan berbanding RM2,001 sebelum ini serta cuti paterniti selama tujuh hari.

Pemakaian ordinan itu turut diperluas kepada semua pekerja tanpa mengira had gaji dan jenis pekerjaan, pengasingan cuti sakit dan cuti hospitalisasi serta enam hari kelepasan wajib iaitu Hari Kebangsaan, Hari Pekerja, Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Hari Keputeraan Yang Dipertua Negeri, Hari Malaysia dan Hari Kemerdekaan Sarawak.

Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) Datuk Mohamed Shafie dalam kenyataan menyambut baik rang undang-undang itu yang bakal memberi manfaat kepada pekerja di Sarawak. 

“UNI-MLC melihat kita telah memasuki era baharu yang menyumbang ke arah memanfaatkan pekerja-pekerja di Sarawak dan membawa liputan yang sama rata sebagaimana dinikmati pekerja di Semenanjung,” katanya.

Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman pula berkata pindaan itu akan meningkatkan daya saing eksport Sarawak kerana perniagaan bakal beroperasi dalam persekitaran ekonomi yang lebih mampan.

— BERNAMA

Continue Reading

Previous: Kelulusan Pindaan Ordinan Buruh Sarawak pastikan hak pekerja setara
Next: Beri peluang golongan OKU bekerja

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.