Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Pindaan Akta beri PBT kuasa isu pencemaran
  • NASIONAL

Pindaan Akta beri PBT kuasa isu pencemaran

Utusan Sarawak 5 years ago

ALOR SETAR, 6 Sept -- Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamarudin (kanan) bersama Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Noor (dua, kanan) mengadakan sidang media selepas mengadakan Kunjungan Hormat ke atas Menteri Besar Kedah di Wisma Darulaman hari ini. Turut kelihatan, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib (kiri). --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

SIDANG MEDIA… Zuraida Kamarudin (kanan) bersama Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Noor (dua, kanan) mengadakan sidang media selepas mengadakan Kunjungan Hormat ke atas Menteri Besar Kedah di Wisma Darulaman semalam. Turut kelihatan, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib (kiri). • Foto BERNAMA

ALOR SETAR: Pindaan ke atas Akta Kerajaan Tempatan 1976 akan memberi kuasa kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mengambil tindakan lebih tegas ke atas kilang yang didapati melakukan pencemaran, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin.

Beliau berkata pada masa ini, tindakan penguatkuasaan berhubung hal itu hanya ada pada Kementerian Alam Sekitar dan Air menerusi Jabatan Alam Sekitar.

“Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bertanggungjawab mengeluarkan lesen operasi yang di bawah bidang kuasa PBT sekiranya mereka memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan, tapi KPKT maklum tentang kelompongan dari segi undang-undang kita yang boleh memperkuatkan lagi kerajaan tempatan mengambil tindakan,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Beliau diminta mengulas sama ada KPKT boleh mengambil tindakan tegas termasuk menarik balik lesen operasi kilang yang melakukan pencemaran seperti insiden pencemaran air di Sungai Gong, Rawang, Selangor pada Khamis lepas.

Insiden pencemaran itu menyebabkan kira-kira 1.2 juta akaun pengguna di Lembah Klang terputus bekalan air sejak Khamis lalu apabila empat loji rawatan air di Sungai Selangor terpaksa dihenti tugas.

Susulan kejadian itu, dilaporkan empat beradik yang merupakan pemilik kilang yang disyaki terbabit dalam pencemaran air Sungai Gong, iaitu antara sumber air utama ke Sungai Selangor, direman enam hari bermula Sabtu lepas.- Bernama

Continue Reading

Previous: Aspirasi rakyat dijadikan asas bangunkan PTPN
Next: Taman Rukun Negara diwujudkan di Labuan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.