Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pilihan raya umum New Zealand ditangguh
  • GLOBAL

Pilihan raya umum New Zealand ditangguh

Utusan Sarawak 5 years ago
JADI CONTOH… New Zealand sebelum ini dijadikan contoh oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kerana berjaya menghapuskan penularan Covid-19 selepas hanya merekodkan 22 kematian di negara yang mempunyai lima juta penduduk. • Foto AFP

AUCKLAND: Pilihan raya umum New Zealand mungkin ditangguhkan, kata Perdana Menteri, Jacinda Ardern hari ini ketika kemunculan semula jangkitan pandemik koronavirus (Covid-19) sekali gus menyebabkan perintah larangan pergerakan dilaksanakan di negara itu.

Ardus berkata, pihak berkuasa kini berusaha mengesan mana-mana orang yang telah berhubung dengan empat penduduk di Auckland yang didapati positif dalam ujian Covid-19.

Ia juga menamatkan selama 102 hari tanpa sebarang jangkitan pandemik tersebut di negara berkenaan.

Arahan tinggal selama tiga hari di rumah di Auckland yang mempunyai seramai 1.5 juta penduduk dikuatkuasakan pada tengah hari ini sekali gus menamatkan situasi yang hampir kembali normal selama berminggu-minggu apabila ribuan orang pergi ke restoran dan stadium ragbi.

Pembelian panik di pasar raya kemudian berlaku pada Selasa lalu, barisan panjang kelihatan di pusat ujian Covid-19 manakala anggota polis yang memakai pelitup muka mengawal sekatan jalan raya bagi melaksanakan arahan baru tersebut.

Ardern juga memberi amaran bahawa pilihan raya umum pada 19 September ini akan ditangguhkan jika pandemik tersebut gagal dibendung.

“Kami meminta nasihat daripada Suruhanjaya Pilihan Raya. Jadi, kita akan memastikan semua pilihan terbuka kepada kita. Tidak ada sebarang keputusan lagi telah dibuat,” katanya.

Continue Reading

Previous: Bekas Presiden Mexico dituduh terima rasuah
Next: Abbas, Haniyeh kecam perjanjian UAE, Israel

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.