Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pilih wakil rakyat bertanggungjawab
  • TEMPATAN

Pilih wakil rakyat bertanggungjawab

Utusan Sarawak 4 years ago
LAWATAN… DATUK Sebastian Ting (kiri) semasa meninjau keadaan projek menambah baik dan penyelenggaran Taman Bulatan.

PELBAGAI projek pembangunan Kerajaan Sarawak menerusi Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) sedang rancak dilaksanakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Piasau.

Projek  berkenaan  adalah projek yang dekat di hati rakyat seperti sekolah, rumah ibadat, balai raya, pasar tamu untuk penjaja, menambah  baik  taman  rekreasi, menaik  taraf  jalan  dan sebagainya.

Boleh  dikatakan  pelbagai  projek RTP telah  dan  sedang  dilaksanakan  di  kawasan  berkenaan  antaranya projek menaik  taraf  Taman  Bulatan, Projek Naik Taraf Gelanggang Bola Keranjang, Naik Taraf Taman Rekreasi Taman Bumiko, Pembinaan Taman Rekreasi Jalan Taman Delight 1A, Naiktaraf Taman Rekreasi Jalan Taman Delight 1B dan Naiktaraf Taman Rekreasi Jalan Taman Delight 8.

Selain  itu  ialah Projek Pembinaan Tandas Awam di Taman Rekreasi Bukit Kanada, Projek Naik Taraf Jambatan kayu di Kampung Wireless, Projek Naik Taraf Gelandang Bola Keranjang di Taman Yakin dan Projek Naik Taraf Sistem Perparitan di kawasan Perumahan Piasau Jaya Fasa, projek Pembesaran Jalan Geranit, Lutong, Projek Naik Taraf Jalan Kampung Senadin Jaya, Projek Baik Pulih Balai Raya Kampung Pasir Lutong dan Projek Naik Taraf Sistem Perparitan Kampung Pulau Melayu.

Semua projek RTP ini dibiayai sepenuhnya kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi memberi keselesaan kepada rakyat khususnya di luar bandar.

Seorang penduduk, Mariam Kadir, 45, berkata, kawasan Piasau terus membangun hinggalah ke hari ini dan sudah dilengkapi pelbagai kemudahan dan infrastruktur yang memberikan manfaat besar serta keselesaan kepada penduduk di sini.

Katanya, penyediaan kesemua kemudahan dan infrastruktur ini secara jelas telah menghasilkan impak mendalam kepada penduduk di Miri.

“Dulu, beberapa kawasan jalan raya di sini sesak misalnya di Jalan Piasau Utara   tetapi sekarang ia sudah diperbesar dan diubahsuai dari dua lorong kepada empat lorong.

Katanya, pembangunan di kawasan Piasau yang dinikmati penduduk hari ini adalah usaha wakil rakyat yang bertanggungjawab dan prihatin dengan keperluan rakyat.

“Oleh itu, rakyat harus bersyukur dengan pembangunan yang ada dan saya menyeru kepada penduduk di sini untuk memilih wakil rakyat yang benar-benar bekerja untuk rakyat,” katanya.

Namun, katanya apa yang dinikmati hari perlu diteruskan bagi menampung keperluan penduduk yang kian bertambah.

“Tidak kira siapa wakil rakyat yang akan dipilih nanti, pembanguan di DUN Piasau ini perlu diteruskan demi menjamin kesejahteraan rakyat,” ujarnya.

Untuk rekod, ADUN N73 Piasau Datuk Sebastian Ting Chiew Yew memenangi kerusi itu menumpaskan Setiausaha DAP Sarawak, Alan Ling Sie Kiong pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-11 (PRN-11).

Beliau menang dengan mejoriti 2,112 undi.

Oleh LIONG CHAI LING

Continue Reading

Previous: Sarikei tidak tersisih daripada pembangunan
Next: MDSA sokong aspirasi kerajaan semasa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.