

KUCHING: Operasi pemadaman kebakaran di sebuah kilang gudang tayar di Batu 9, Jalan Indah Ria, masih diteruskan sehingga kini dengan pihak bomba berjaya mengawal 60 peratus daripada kebakaran, menurut maklumat terkini.
Kebakaran berlaku pada Rabu, 29 Oktober 2025, sekitar 11.10 malam dan jentera bomba dari BBP Kota Samarahan tiba di lokasi pada 11.31 malam.
Komander operasi, Christian Olas, memaklumkan bahawa kebakaran kini hanya tinggal di bahagian belakang gudang tayar.
Ahli Parlimen Stampin, Chong Chieng Jen, turut menyantuni pegawai dan anggota bomba di lokasi dan memaklumkan bahawa bantuan jentera tambahan akan diatur bagi memudahkan operasi.
Menurut beliau, api telah meresap ke dalam timbunan tayar dan bahan kitar semula, menyukarkan pemadaman sepenuhnya.
Oleh Amanda L