Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pihak berwajib digesa segera tangani masalah hakisan pantai
  • Utara
  • WILAYAH

Pihak berwajib digesa segera tangani masalah hakisan pantai

Utusan Sarawak 4 months ago
MENINJAU… Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew meninjau keadaan hakisan di Jalan Pantai Lutong, Miri, kelmarin.  

MIRI: Pihak berwajib digesa segera menangani masalah hakisan pantai di Jalan Pantai Lutong di sini  yang semakin membimbangkan akibat fenomena air pasang besar baru-baru ini.

Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew berkata, perkara ini telahpun diajukan kepada Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Fadillah Yusof secara bertulis bertujuan memohon perhatian khusus untuk mempercepatkan proses pelaksanaan projek bagi mengelakkan masalah hakisan daripada bertambah buruk.

“Saya difahamkan dana berjumlah RM45 juta yang telah diluluskan pada 2022 untuk projek tebatan banjir kini telah sampai ke peringkat tarikh tutup tender.

“Justeru pihak berwajib digesa agar segera melaksanakan peruntukan untuk pembinaan benteng pemecah ombak,” katanya selepas meninjau sendiri keadaan hakisan di pantai berkenaan, kelmarin.

Ting yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)  Piasau berkata, beliau akan terus mengikuti perkembangan projek ini agar dapat dimulakan dengan segera bagi mengurangkan ancaman banjir dan hakisan terhadap kawasan pesisir Lutong.

Katanya, perubahan iklim yang semakin buruk dalam beberapa tahun kebelakangan ini menyebabkan kenaikan paras air laut dan ancaman hakisan di kawasan pesisir semakin serius.

“Keadaan ini bukan sahaja menjejaskan infrastruktur asas jalan raya tetapi juga membawa risiko keselamatan kepada penduduk di kawasan pantai.

“Pembinaan benteng pemecah ombak adalah langkah yang amat diperlukan,” ujarnya.

Beliau juga menyatakan bahawa ombak besar telah menyebabkan kerosakan serius kepada Jalan Pantai Lutong dan menggesa jabatan berkaitan agar mempercepatkan proses pelaksanaan projek supaya kerja-kerja pembaikan dapat dimulakan secepat mungkin.

“Majlis Bandaraya Miri juga telah meletakkan papan tanda amaran di lokasi bagi mengingatkan pengguna jalan raya supaya berhati-hati dan memandu dengan selamat.

“Pada masa sama, selepas fenomena air pasang, kakitangan telah dihantar untuk membersihkan sisa-sisa kayu, serpihan, dan batu kecil yang tertinggal di jalan raya,” katanya.

Beliau menambah bahawa siri projek ini bertujuan untuk mengurangkan ancaman banjir dan hakisan pantai terhadap kawasan pesisir Lutong melalui pelbagai lapisan langkah perlindungan, seterusnya melindungi keselamatan penduduk sekitar dan infrastruktur asas.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Aaron serah sumbangan kepada mangsa kebakaran
Next: 836 individu terima sumbangan Tahun Baharu Cina

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.