Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Pihak berkuasa AS akan bebaskan Sean ‘Diddy’ Combs pada Mei 2028
  • HIBURAN

Pihak berkuasa AS akan bebaskan Sean ‘Diddy’ Combs pada Mei 2028

Utusan Sarawak 4 hours ago
SEAN ‘Diddy’ Combs. Foto AFP

NEW YORK: Pihak berkuasa penjara Amerika Syarikat dijangka membebaskan Sean ‘Diddy’ Combs pada 8 Mei 2028, menurut daftar banduan dalam talian yang disemak pada Isnin, selepas penyanyi rap itu menjalani hukuman lebih empat tahun atas kesalahan berkaitan pelacuran.

Pendakwa raya sebelum ini menuntut hukuman 11 tahun penjara terhadap Combs, 55, namun Hakim Daerah Arun Subramanian menjatuhkan hukuman 50 bulan penjara serta denda AS$500,000 (RM2.4 juta)awal bulan ini.

Peguam bela Combs telah memfailkan rayuan terhadap sabitan dan hukuman tersebut, yang mungkin mempengaruhi tarikh pembebasan yang disenaraikan oleh Biro Penjara Persekutuan.

Tarikh itu mengambil kira tempoh tahanan yang telah dijalani bintang hip-hop tersebut di penjara terkenal di Brooklyn.

Combs sebelum ini dibebaskan oleh juri pada Julai daripada pertuduhan paling berat — pemerdagangan seks dan jenayah terancang namun disabitkan dengan dua pertuduhan membawa individu merentasi negeri untuk tujuan pelacuran.

Subramanian berkata beliau terikat dengan undang-undang untuk menjatuhkan hukuman yang sepadan dengan keseriusan “kesalahan berat” Combs, yang menurutnya telah “menyebabkan penderitaan kekal kepada dua wanita.”

Hakim itu turut menegaskan bahawa hukuman yang dijatuhkan jauh lebih rendah berbanding cadangan pegawai pemantauan, iaitu antara 70 hingga 87 bulan.

Beliau menasihati Combs supaya menggunakan peluang kedua yang diberikan dengan sebaiknya.

Dalam nada sebak sebelum hukuman dijatuhkan, Combs menyatakan rasa “amat kesal” atas perbuatannya dan memohon maaf kepada keluarga serta mangsanya, sambil menyifatkan kelakuannya sebagai “menjijikkan, memalukan dan tidak bermoral.”

Subramanian turut mengingatkan Combs bahawa hukuman penjaranya bukan seumur hidup.

“Awak akan melalui semua ini,” katanya kepada Combs dan keluarganya. – AFP

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Tiket konsert mega Legacy 30 Siti Nurhaliza hampir ‘sold out’
Next: Produksi Ejen Ali The Movie sedia berkolaborasi dengan syarikat Jepun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.