Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Pickleball 2.0 galak gaya hidup sihat, eratkan hubungan komuniti Bawang Assan
  • KESIHATAN

Pickleball 2.0 galak gaya hidup sihat, eratkan hubungan komuniti Bawang Assan

Utusan Sarawak 6 hours ago
UNTUK ALBUM… Peserta merakam kenangan bersama pada program Pertukaran Pickleball 2.0 yang diadakan di SMI Park, semalam.

SIBU: Seramai 50 penduduk dari kawasan Bawang Assan mengambil bahagian dalam program Pertukaran Pickleball 2.0 yang diadakan di SMI Park, semalam.

Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bawang Assan, Kaunselor Kevin Lau Kor Jie berkata, program anjuran Sayap Pemuda SUPP Cawangan Bawang Assan itu berjaya menghimpunkan peserta daripada pelbagai peringkat umur dalam suasana meriah dan santai.

“Program ini bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat, malah dapat mengeratkan hubungan sesama penduduk,” katanya.

Beliau turut memuji usaha sayap belia SUPP Bawang Assan yang aktif menganjurkan pelbagai program kemasyarakatan termasuk aktiviti kebajikan dan ziarah warga emas sejak awal tahun ini.

Menurut Lau, penganjuran aktiviti sukan seperti pickleball dapat menarik minat golongan muda untuk bergaul dengan masyarakat serta membina hubungan yang lebih rapat antara generasi.

“Harapan saya, lebih ramai belia di kawasan Bawang Assan menyertai sayap belia SUPP bagi bersama-sama menyumbang kepada pembangunan dan keharmonian komuniti setempat,” ujarnya.

Oleh Tarani Lanting

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi tekankan pembangunan infrastruktur kesihatan Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.