Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • PichaEats pertimbang segmen makanan sejuk beku
  • BISNES

PichaEats pertimbang segmen makanan sejuk beku

Utusan Sarawak 5 years ago
PENGASAS Bersama Picha Sdn Bhd, Suzanne Ling (kanan) bersama Lim Yuet Kim dan Lee Swee Lin.

KUALA LUMPUR: PichaEats Malaysia, perniagaan makanan yang bekerjasama dengan cef pelarian, merancang untuk memperkenalkan makanan sejuk beku sebagai sebahagian daripada strategi perniagaan selepas Covid-19, memanfaatkan kemuncak revolusi foodie dan permintaan terhadap makanan sedia dimakan.

Bagaimanapun, Pengasas Bersama Picha Sdn Bhd, Suzanne Ling berkata, syarikat belum menetapkan garis masa untuk langkah baharu itu.

Beliau berkata, penubuhan PichaEats pada 2016 berdasarkan hasrat untuk membantu pelarian dengan melatih mereka menyediakan katering dan perkhidmatan penghantaran untuk membolehkan mereka memperoleh pendapatan dan memberi pendidikan kepada anak-anak mereka.

Syarikat sebelum ini memberi tumpuan kepada katering sebagai model perniagaan, tetapi operasinya terjejas oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan untuk memerangi pandemik Covid-19.

Bagi meneruskan perniagaan, PichaEats telah menilai semula strateginya, mengurangkan pakej penghantaran makanannya kepada lima orang.

“Bagi kami, cabaran terbesar ialah 60 peratus daripada perniagaan kami adalah daripada segmen katering.

“Berikutan PKP, tiada tempahan bufet untuk berbuka puasa, rumah terbuka Raya, parti hari jadi atau persidangan, yang memerlukan kami bertindak segera,” katanya kepada Bernama dalam satu temu bual.

Ling berkata, PichaEats mula memanfaatkan platform media sosial untuk mencapai lebih ramai pelanggan, dan usaha terbukti berjaya apabila pesanan meningkat tiga kali ganda berikutan permintaan yang meningkat terhadap penghantaran makanan.

“Itu sebabnya kami dapat meneruskan perniagaan sepanjang tempoh PKP. Sebanyak 100 peratus daripada jualan kami adalah daripada platform media sosial dan separuh dijana daripada Facebook Ads.

“Bagaimanapun, jumlah jualan kami merosot berikutan kami kini memberi tumpuan kepada pesanan yang kecil,” katanya.

Ling berkata, beliau dan dua pengasas bersama PichaEats yang lain pernah menjadi sukarelawan di sekolah pelarian dari 2013 hingga 2015, sebelum memutuskan untuk bergiat sepenuh masa membantu pelarian mendapatkan wang, dengan matlamat menyediakan komuniti terpinggir itu dengan kehidupan yang mampan.

Pada masa ini, terdapat 15 cef pelarian yang aktif di PichaEats Malaysia, dengan 25 keluarga mendapat manfaat daripada pendapatan mereka.

“Kami menyiarkan banyak mengenai kisah dan pencapaian kami serta berjaya membina komuniti kami di Facebook, yang mana terdapat mereka sebahagian daripada usaha ini bersama-sama dengan kami berusaha untuk kesaksamaan melalui perniagaan yang mampan,” kata Ling.

Mengenai masa depan, dengan Malaysia melonggarkan sekatannya, katanya perniagaan katering PichaEats mempunyai potensi untuk dibuka semula pada tahun depan. – Bernama

Continue Reading

Previous: Untung pracukai melonjak
Next: IP merosot kepada -5.5 peratus

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.