Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • PIBG SMK Saribas terima sumbangan RM32,000 daripada Razi Sitam
  • Selatan
  • WILAYAH

PIBG SMK Saribas terima sumbangan RM32,000 daripada Razi Sitam

Utusan Sarawak 11 hours ago
DATUK Mohammad Razi Sitam menghadiri Majlis Malam Nirmala Budi dan Perasmian Dewan Akademia SMK Saribas dekat sini semalam. Foto: Saribas Daily

DEBAK: Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saribas telah menerima sumbangan berjumlah RM32,000 daripada Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N35 Saribas, Datuk Mohammad Razi Sitam.

Sumbangan tersebut disampaikan dalam suasana penuh meriah semasa Majlis Malam Nirmala Budi dan Perasmian Dewan Akademia SMK Saribas.

Dewan Akademia yang baharu ini dijangka menjadi mercu tanda baharu sekolah dalam usaha memperkasa kecemerlangan akademik pelajar.

Selain sumbangan kepada sekolah, Datuk Mohammad Razi Sitam turut menyampaikan insentif khas kepada 41 pelajar cemerlang yang berjaya mencapai keputusan membanggakan dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2024.

Para pelajar tersebut diraikan dalam suasana penuh kegembiraan bersama guru-guru dan ibu bapa.

“Kejayaan pelajar adalah kejayaan seluruh komuniti Saribas. Kita mahu mereka terus berjaya dan menjadi inspirasi kepada generasi seterusnya,” katanya.

Majlis ini bukan sahaja menyuntik semangat kepada para pelajar, malah mengukuhkan lagi sokongan masyarakat terhadap pembangunan pendidikan di SMK Saribas.

Turut hadir Pegawai Tadbir Menguasa Pejabat Daerah Kecil Debak, Mohammad Khairurani Mohammad Ibrahim, Pengetua SMK Saribas, Nur Liana Lim Abdullah, Pegawai Pendidikan Daerah Betong, Mohamad Lela Alamsah, Yang Dipertua (YDP) SMK Saribas, Abang Akim Abang Hamzah serta barisan guru dan ibu bapa.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Buaya kerap berkeliaran, masuk perangkap SFC di Sungai Nyelong
Next: ADUN Kalaka sumbang 18 kerusi baharu kepada KKIA Saratok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.