Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • PIBG jadi jambatan penting kukuhkan hubungan sekolah dan ibu bapa
  • Tengah
  • WILAYAH

PIBG jadi jambatan penting kukuhkan hubungan sekolah dan ibu bapa

Utusan Sarawak 3 hours ago
ADUN Kabong merakamkan penghargaan kepada barisan jawatankuasa PIBG sesi lalu atas jasa, komitmen dan pengorbanan yang dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan mereka. Foto: ADUN Kabong

KABONG: Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) disifatkan sebagai jambatan penting yang menghubungkan pihak sekolah dengan ibu bapa demi memastikan pembangunan pendidikan anak-anak berjalan secara menyeluruh dan berkesan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata, kerjasama erat antara kedua-dua pihak mampu memperkukuh segala perancangan berkaitan akademik, sahsiah serta kokurikulum di sekolah.

Menurut beliau, sesebuah sekolah yang cemerlang tidak mampu berdiri sendiri, sebaliknya memerlukan sokongan padu daripada semua pihak termasuk ibu bapa, guru dan masyarakat setempat.

Sehubungan itu, beliau merakamkan penghargaan kepada barisan jawatankuasa PIBG sesi lalu atas jasa, komitmen dan pengorbanan yang dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan mereka.

Katanya, besar atau kecil sesuatu sumbangan bukan ukuran utama, sebaliknya keikhlasan dalam memikul amanah menjadi nilai paling penting.

Chee Kadir turut mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa PIBG yang baharu dan berharap kepimpinan baharu mampu membawa persatuan itu ke tahap lebih cemerlang melalui semangat kerja berpasukan.

ADUN Kabong juga menzahirkan rasa sukacita atas pelantikan Yang Dipertua PIBG baharu yang dipilih, yang juga merupakan bekas anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) serta memiliki pengalaman luas di Perancis.

DATO Mohd Chee Kadir pada Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Abang Leman Kabong yang berlangsung di Dewan Al Amin semalam. Foto: ADUN Kabong

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Abang Leman Kabong yang berlangsung di Dewan Al Amin semalam.

Dalam ucapannya, beliau turut merakamkan penghargaan kepada pihak sekolah dan jawatankuasa PIBG atas kejayaan menganjurkan mesyuarat itu dengan teratur serta lancar.

Chee Kadir turut melahirkan rasa gembira melihat kehadiran ibu bapa yang ramai, sekali gus membuktikan masyarakat sentiasa mengambil berat terhadap pendidikan anak-anak.

Sebagai wakil rakyat kawasan Kabong, beliau menegaskan pembangunan pendidikan sentiasa menjadi keutamaan kerana pelaburan terbaik ialah melalui pendidikan generasi muda.

Pada majlis itu, beliau turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM15,000 kepada PIBG sekolah berkenaan bagi melaksanakan pelbagai aktiviti pendidikan dan pembangunan murid.

Menurutnya, sumbangan tersebut diharap dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk program murid sekolah serta komuniti ibu bapa setempat.

Chee Kadir turut mengingatkan ibu bapa agar terus memainkan peranan aktif dan tidak menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab pendidikan kepada pihak sekolah, selain mendoakan agar sekolah itu terus maju serta cemerlang pada masa hadapan.

Turut hadir ialah Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Leman Kabong, Majenin Jahar, Yang DiPertua PIBG Zulkipli Nurol, Penghulu Sani Mohamad, Penghulu Rahman @ Dom Kapok, barisan exco PIBG, para guru serta ibu bapa dan penjaga murid.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Semakan projek RTP DUN Bukit Kota dilakukan untuk pastikan kelancaran perlaksanaan
Next: Upacara sembahyang Kristian sempena Hari Polis ke-219 eratkan silaturahim warga PDRM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.