Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Piala Uber: Jie Yu ganti Pearly di Horsens
  • SUKAN

Piala Uber: Jie Yu ganti Pearly di Horsens

Utusan Sarawak 6 hours ago
Chong Jie Yu Foto Badminton Association of Malaysia

KUALA LUMPUR: Pemain beregu wanita negara Chong Jie Yu akan menggantikan Pearly Tan bagi menghadapi saingan Piala Uber 2026 di Horsens, Denmark, dari 24 April hingga 3 Mei.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan perkara itu menerusi satu hantaran di Facebook hari ini, selepas Pearly yang merupakan pasangan nombor satu Malaysia bersama M. Thinaah mengumumkan menarik diri daripada skuad Piala Uber semalam akibat kecederaan belakang berulang.

“BAM mengesahkan Jie Yu, 21, telah disenaraikan untuk menggantikan Pearly dalam skuad kebangsaan bagi Piala Uber 2026.

“Jie Yu akan menyertai kem latihan pasukan di Herning, Denmark dalam persiapan bagi menghadapi kejohanan akan datang,” katanya.

Dalam kenyataan di laman Facebook semalam, Pearly meluahkan rasa kecewa serta memohon maaf kerana tidak dapat menyertai skuad negara dalam kejohanan berpasukan berprestij tersebut.

Beregu lain yang akan beraksi di Piala Uber 2026 ialah gandingan muda Ong Xin Yee-Carmen Ting dan Low Zi Yu-Noraqilah Maisarah, manakala K. Letshanaa, Wong Ling Ching, Siti Zulaikha Azmi dan Goh Jin Wei dipilih untuk menggalas cabaran dalam acara perseorangan.

Skuad wanita negara diundi dalam Kumpulan B Piala Uber bersama Jepun, Turkiye dan Afrika Selatan.

Jie Yu sebelum ini beraksi dalam Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2026 di Ningbo, China bersama pasangannya Vanessa Ng, namun tewas kepada Xin Yee-Carmen 9-21, 14-21 pada pusingan awal.- Bernama

Continue Reading

Previous: Piala Uber: Aksi bertemu pemain berkelas dunia bantu persiapan Ling Ching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.