Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Piala Thomas: Zii Jia hadiahkan mata kemenangan, Malaysia tewaskan England 3-2
  • SUKAN

Piala Thomas: Zii Jia hadiahkan mata kemenangan, Malaysia tewaskan England 3-2

Utusan Sarawak 10 hours ago

Reaksi perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia semasa menentang Nadeem Dalvi dari England pada aksi kumpulan B, Piala Thomas dan Uber di Forum Horsens. Foto Bernama

HORSENS (Denmark): Peranan baharu sebagai pemain perseorangan ketiga tidak menjadi masalah buat pemain profesional negara Lee Zii Jia apabila dia tampil cemerlang menghadiahkan mata kemenangan ketika Malaysia menewaskan England 3-2 dalam aksi pembukaan Kumpulan B Piala Thomas 2026 di sini.

Dalam perlawanan di Forum Horsens, pemain ranking ke-82 dunia itu mempamerkan aksi tenang serta kilasan prestasi sebenar dirinya apabila menundukkan pemain ranking ke-233 dunia, Nadeem Dalvi 21-13, 21-11, sekali gus mengesahkan kemenangan Malaysia di gelanggang yang penuh sorakan penyokong.

Perlawanan bermula seimbang dengan kedua-dua pasukan saling mencuri mata.

Perseorangan pertama negara Justin Hoh gagal menghadiahkan permulaan positif apabila tewas kepada Harry Huang 19-21, 19-21 sekali gus meletakkan Malaysia ketinggalan 0-1.

Namun, beregu utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik menyamakan kedudukan selepas menundukkan pasangan Oliver Butler-Samuel Jones 21-19, 21-13.

England kembali di hadapan apabila pemain ranking ke-153 dunia Cholan Kayan mengejutkan pemain nombor 51 dunia Aidil Sholeh Ali Sadikin 21-16, 21-15 untuk menjadikan kedudukan 2-1.

Malaysia bagaimanapun tidak mudah mengalah apabila pasangan beregu kedua Man Wei Chong-Tee Kai Wun menghidupkan peluang negara dengan kemenangan 21-14, 21-14 ke atas Alex Green-Zach Russ, sekali gus memaksa penentuan perlawanan terakhir.

Dalam aksi penentuan penuh tekanan itu, Zii Jia bangkit menggalas tanggungjawab dengan bergaya untuk menghadiahkan kemenangan sulung Malaysia dalam saingan kumpulan.

Malaysia yang kali terakhir muncul juara pada 1992 akan menentang Finland pada Isnin (27 April) sebelum menutup aksi Kumpulan B menentang juara 2014, Jepun pada Rabu (29 April).

Pusingan akhir Piala Thomas 2026 yang bermula semalam akan berlangsung sehingga 3 Mei.

— BERNAMA

Continue Reading

Previous: Liverpool semakin hampir ke Liga Juara-Juara, namun mungkin sudah melihat aksi terakhir Salah
Next: Piala Thomas: Zii Jia lebih teruja hadapi detik penentu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.