Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Piala Sepak Takraw Sarawak 2025: 10 pasukan berentap 18-22 Jun di Kota Samarahan
  • SUKAN

Piala Sepak Takraw Sarawak 2025: 10 pasukan berentap 18-22 Jun di Kota Samarahan

Utusan Sarawak 7 hours ago
PRESIDEN PSS, Dato Ismail Abang Saufi dan Timbalan Presiden PSS, Nizam Wang menghadiri sidang media Piala Sepak Takraw Sarawak 2025 hari ini. Foto UKAS

KUCHING: Barisan pemain sepak takraw terbaik dari seluruh Sarawak bakal berentap untuk memburu kejuaraan pada Kejohanan Sepak Takraw Piala Sarawak 2025 dijadual berlangsung di Stadium Tertutup Kota Samarahan, dari 18 hingga 22 Jun ini.

Presiden Persatuan Sepak Takraw Sarawak (PSS), Dato Ismail Abang Saufi berkata sebanyak 10 bahagian mengesahkan penyertaan pada edisi kali ini iaitu Kuching, Kota Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang.

Katanya, empat kategori akan dipertandingkan iaitu berpasukan lelaki (3 regu), regu lelaki, regu belia lelaki dan regu wanita.

“Kejohanan dwitahunan ini merupakan aktiviti tahunan PSS dalam usaha berterusan kita untuk memperkasakan sukan sepak takraw di Sarawak.

“Pada edisi kali ini, Kota Samarahan diberi mandat untuk menjadi tuan rumah bermula dari 18 hngga 22 Jun ini di Stadium Tertutup Kota Samarahan.

“Kita menjangkakan saingan sengit kerana kesemua 10 bahagian terlibat menyenaraikan pemain berpengalaman dan bakat baharu,” katanya pada sidang media Piala Sepak Takraw Sarawak 2025 hari ini.

Katanya lagi, kejohanan tersebut akan menjadi platform untuk mencari pemain mewakili Sarawak pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 di Selangor.

Bagi kejohanan kali ini menawarkan hadiah keseluruhan lebih RM20,000 dijangka akan menampilkan aksi sengit dari semua pasukan yang mengambil bahagian.

Tambahnya lagi, Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka perasmikan pentupan kejohanan itu nanti.

Kejohanan Sepak Takraw Piala Sarawak 2025 dianjurkan oleh PSS dan mendapat sokongan Kementerian Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan (MYSED) dan Perbadanan Sukan Sarawak (SSC).

Sementara itu, Timbalan Presiden PSS, Nizam Wang yang juga Pengerusi Kejohanan menggesa peminat sepak takraw untuk memenuhi Stadium Tertutup Bahagian Samarahan bagi memeriahkan kejohanan kali ini.

“Kemasukan adalah percuma dan tiada bayaran dikenakan kepada sesiapa yang ingin menyaksikan setiap perlawanan,” jelasnya.

-UKAS

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: SRG.OG idam pertahan kejuaraan MSC 2025 di Riyadh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.