Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Piala Sarawak 2025: Sri Aman letak harapan mara ke final
  • SUKAN

Piala Sarawak 2025: Sri Aman letak harapan mara ke final

Utusan Sarawak 15 hours ago
AWANGKU Hafizi bersama kesemua pemain sepak takraw Bahagian Sri Aman semasa simbolik penyerahan jersi kepada pemain malam tadi. Foto Adi Safarman

SIMANGGANG: Skuad Sepak Takraw Bahagian Sri Aman meletak sasaran layak ke peringkat akhir pada perebutan kejuaraan Kejohanan Sepak Takraw Piala Sarawak 2025 yang akan bermula pada esok hingga 22 Jun ini di Stadium Tertutup Kota Samarahan.

Presiden Persatuan Sepak Takraw Bahagian Sri Aman (PESTASA), Awangku Hafizi Awang Azahari berkata persiapan pasukan dengan jolokan ‘Simanggang Gators’ itu dalam menghadapi saingan terbesar di negeri ini kini berada dalam keadaan terbaik dan berjalan lancar.

AWANGKU Hafizi melakukan penyerahan jersi kepada ketua pasukan Simanggang Gators, Mohd Amirul. Foto Adi Safarman

Beliau menaruh keyakinan yang tinggi akan kewibawaan kira-kira 20 pemain yang diberi kepercayaan bersaing dalam kempen Kejohanan Sepak Takraw Piala Sarawak 2025 yang akan bermula esok, sekali gus merealisasikan misi awal pihak pengurusan yang meletak sasaran sekurang-kurangnya melangkah ke peringkat akhir pada pertadingan itu nanti.

“Saya harap pemain yang telah diberi sandaran ini agar memberi saingan yang hebat kepada pasukan lain, dengan persediaan dilakukan ini akan menyandarkan harapan dan kudrat pemain yang telah terpilih sebelum ini.

“Saya telah mengingatkan kepada semua pemain yang terpilih itu agar sentiasa bersemangat selain memberi fokus sepenuhnya pada setiap perlawanan dilalui dalam saingan sebenar kelak,” katanya semasa melakukan simbolik penyerahan jersi kepada pemain pasukan Simanggang Gators di Medan Selera AWADA malam tadi.

Awangku Hafizi berkata skuad Sepak Takraw Sri Aman akan menghantar sebanyak tiga kategori pada kejohanan itu nanti iaitu kategori terbuka, berpasukan dan belia bawah 20 tahun.

“Kerjasama berpasukan adalah penting, malah mampu membentuk kekuatan yang boleh membawa kejayaan kepada pasukan, dan kita tahu cabaran getir bakal menanti para pemain menjelang cabaran kempen Sepak Takraw Piala Sarawak dan saya yakin serta pastikan kesemua pemain yang berjaya dipilih itu sudah bersedia sepenuhnya.

“Apa yang penting sekali, para pemain harus melaburkan sepenuh komitmen mereka pada setiap perlawanan dan tidak mengambil mudah keupayaan lawan masing-masing,” ujarnya sambil menambah Sri Aman Gators dikendalikan oleh Ketua Jurulatih, Abdul Karim Mohd Bakri.

Turut hadir Timbalan Presiden PESTASA, Zaidel Ripin, Setiausaha PESTASA, Subhi Ahmad dan Bendahari PESTASA, Iswandy Kassim.

Terdahulu, kejohanan tersebut menyaksikan 10 bahagian yang berentap untuk memburu gelaran juara pada edisi kali ini iaitu Kuching, Kota Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang.

Empat kategori akan dipertandingkan iaitu berpasukan lelaki (tiga regu), regu lelaki, regu belia lelaki dan regu wanita.

Oleh Adi Safarman

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Eksklusif: Kurang gajet, tambah gerak, silat jadi pilihan gaya hidup anak muda
Next: Sibu Esports Festival 2025 jangka tarik 2,000 penggiat e-sukan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.