Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Piala Raja Veteran 2026 himpun 20 pasukan, slot penyertaan penuh
  • SUKAN

Piala Raja Veteran 2026 himpun 20 pasukan, slot penyertaan penuh

Utusan Sarawak 16 hours ago
PIALA Raja Veteran 2026 edisi pertama bakal diadakan di Padang Bolasepak KRP Lutong, Miri.

MIRI: Kejohanan bola sepak veteran berprestij, Piala Raja Veteran 2026 edisi pertama ini berjaya menarik penyertaan penuh apabila kesemua 20 slot pasukan yang ditawarkan telah disahkan menjelang penganjurannya pada 1 hingga 3 Mei nanti di Padang Bolasepak KRP Lutong.

Kejohanan yang menghimpunkan pemain berpengalaman itu dianjurkan bersama oleh Hannah Sports & Event Management, dengan menawarkan hadiah wang tunai lumayan serta trofi dan medal kepada pasukan yang berjaya menjuarai pertandingan.

Berdasarkan maklumat penganjur, juara kejohanan bakal membawa pulang RM10,000 berserta piala dan pingat, manakala naib juara menerima RM5,000 serta piala dan pingat. Tempat ketiga bersama pula bakal menerima RM2,000 selain piala dan pingat.

Sebanyak 20 pasukan dari pelbagai daerah di Sarawak serta luar negara telah mengesahkan penyertaan termasuk pasukan dari Brunei Darussalam dan juga penyertaan antarabangsa seperti Segalang dari Korea Selatan, sekali gus menambah kemeriahan kejohanan sulung itu.

Antara pasukan yang bakal berentap termasuk ZZ United, Highlanders, Educator FC, OHM FC, Landas, KB Warrior, Mevec FC, GMV, Mixed Squad, GTB FC, Apek UTD, Target, WFL, Auslander, ZR United Vet, BN 12 PGA Vet, KU FT serta Al Quthuz.

Selain itu, beberapa pasukan turut berada dalam senarai menunggu antaranya Kaslap, Senja Warrior, Veteran Sibuti, PBS Limbang dan Lawas United sekiranya terdapat kekosongan penyertaan.

Kejohanan ini menetapkan format khas bagi kategori umur veteran iaitu pemain berusia 40 hingga 44 tahun serta 45 hingga 49 tahun masing-masing empat pemain di dalam padang, manakala dua pemain berumur 50 tahun ke atas turut diwajibkan berada dalam kesebelasan utama bagi setiap pasukan.

Setiap pasukan dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM1,800 dengan deposit sebanyak RM800, manakala tarikh tutup penyertaan ditetapkan pada 31 Mac ini.

Penganjuran kejohanan ini dijangka menjadi platform mengeratkan hubungan persahabatan dalam kalangan pemain veteran selain memeriahkan lagi pembangunan sukan bola sepak komuniti di Sarawak.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejohanan tersebut boleh menghubungi Shah di talian 010-5696935.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Liverpool digegar Galatasaray

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.