Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Piala Dunia: Vinicius mohon maaf penyingkiran Brazil
  • SUKAN

Piala Dunia: Vinicius mohon maaf penyingkiran Brazil

Utusan Sarawak 5 hours ago
Vinicius mohon maaf kepada penyokong selepas Brazil tersingkir seawal pusingan 16 Piala Dunia FIFA 2026, sambil berjanji akan terus berjuang untuk mengembalikan Selecao ke puncak bola sepak dunia.

RIO DE JANEIRO:  Vinicius Junior meluahkan ‘kekecewaan yang amat mendalam’ selepas Brazil tersingkir daripada Piala Dunia di tangan Norway dalam pusingan 16, lapor Xinhua.

Pemain berusia 25 tahun itu memohon maaf kepada para peminat atas kekalahan 1-2 Brazil kepada Norway Ahad lepas, satu keputusan yang menandakan penyingkiran paling awal Brazil daripada Piala Dunia sejak 1990.

“Hampir empat tahun kemudian, saya sekali lagi berfikir tentang apa yang mahu ditulis selepas kekecewaan di Piala Dunia,” katanya, merujuk pada kekalahan di peringkat suku akhir kepada Croatia di Qatar sebelum ini.

“Begitu ramai daripada pelbagai lapisan umur menyokong kami dan bersama-sama mendakap impian kami, jadi adalah tidak adil untuk saya terus berdiam diri. Namun, saya memerlukan beberapa hari untuk bermuhasabah.

Brazil menamatkan saingan di kedudukan teratas kumpulan Piala Dunia mereka dan menewaskan Jepun di pusingan 32 sebelum kekalahan pada Ahad lepas di New Jersey.

Vinicius menjaringkan empat gol dan melakukan satu bantuan gol sepanjang kejohanan itu, sekali gus mencatatkan rekod keseluruhan Piala Dunia beliau kepada lima gol dan tiga bantuan gol dalam sembilan perlawanan.

“Menyarung jersi Brazil adalah penghormatan terbesar dalam hidup saya, dan tersingkir daripada Piala Dunia di pusingan 16 adalah satu perasaan yang sukar untuk dijelaskan,” katanya.

“Saya tahu betapa gigihnya saya bersiap sedia, betapa fokusnya saya dan betapa mendalamnya saya mahukan kejayaan ini, demi anda semua dan demi keluarga saya.”

Penyerang Real Madrid itu menambah: “Kekecewaan ini amat mendalam. Kami mempunyai barisan pemain yang cukup kuat untuk mencapai kejayaan yang lebih besar, tetapi kami gagal melakukannya. Saya memohon maaf, dan saya akan terus berjuang demi impian kita untuk membawa semula Brazil ke puncak dunia.” – Bernama-Xinhua

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Jurulatih Argentina tidak pandang rendah lawan menjelang suku akhir Piala Dunia
Next: Erling Haaland jadi inspirasi nama 563 rakyat Peru

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.