Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Piala Dunia ISTAF: Hasrat pertahan mahkota gagal
  • SUKAN

Piala Dunia ISTAF: Hasrat pertahan mahkota gagal

Utusan Sarawak 2 months ago
HASRAT skuad negara mempertahankan gelaran Piala Dunia ISTAF tidak kesampaian selepas tumbang kepada musuh tradisi Thailand di peringkat separuh akhir di Bihar, India. Foto FB PSM

KUALA LUMPUR: Hasrat skuad sepak takraw negara mempertahankan gelaran Piala Dunia ISTAF dalam acara double lelaki tidak kesampaian apabila tumbang kepada musuh tradisi Thailand 2-1 di peringkat separuh akhir di Bihar, India hari ini.

Malaysia yang diwakili Aidil Aiman Zawawi, Shahril Aiman dan Noraizat Nordin berjaya bangkit selepas tewas pada set pertama 9-15 untuk mencatat kemenangan pada set kedua 17-15.

Bagaimanapun, momentum tersebut gagal diteruskan di set penentuan apabila skuad negara tewas tipis 15-17 kepada seteru utama mereka, sekali gus terlepas peluang untuk beraksi di perlawanan akhir.

Kegagalan ini menyaksikan skuad kendalian Zulkarnain Arif tidak dapat menyamai pencapaian gemilang tahun lalu apabila muncul juara dalam acara tersebut.

Namun begitu, skuad negara tetap membawa pulang pingat gangsa, satu pencapaian yang wajar dibanggakan.

Pada edisi 2024 di Kuala Lumpur tahun lepas, Aidil-Noraizat mencatat kemenangan 17-16, 15-13 ke atas gandingan Thailand, Seksan Tubtong-Kittiphum Sareebut dalam final double untuk merangkul pingat emas. – Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Legenda tinju heavyweight, George Foreman meninggal dunia pada usia 76 tahun
Next: Simanggang Sibling juara Dart Aman Villa Kitchen

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.