Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Piala Dunia FIFA: Jepun waspada ancaman Sweden menjelang aksi penentu kumpulan
  • SUKAN

Piala Dunia FIFA: Jepun waspada ancaman Sweden menjelang aksi penentu kumpulan

Utusan Sarawak 3 hours ago
PENYERANG Tunisia, Elias Saad (#08) mengawal bola sambil diekori pemain tengah Jepun, Ao Tanaka (#07), ketika perlawanan Kumpulan F Piala Dunia 2026 antara Tunisia dan Jepun di Stadium Monterrey, Guadalupe, Mexico pada 20 Jun 2026. Foto AFP

NASHVILLE: Pemain tengah Jepun Ao Tanaka pada Selasa mengingatkan rakan sepasukannya supaya berwaspada terhadap Sweden, lawan mereka yang akan datang dalam saingan Piala Dunia ketika pasukan Scandinavia itu berusaha bangkit daripada kekalahan besar 5-1 kepada Belanda, lapor Kyodo News.

Takefusa Kubo yang mengalami kecederaan akan terus diketepikan daripada skuad Samurai Blue menjelang perlawanan terakhir Kumpulan F pada Khamis di Stadium Dallas, ketika Jepun berada di belakang pendahulu kumpulan, Belanda, berdasarkan jumlah jaringan yang dihasilkan.

Bercakap di kem latihan Jepun berhampiran Nashville, Tennessee, Tanaka menyifatkan penyerang Sweden, Viktor Gyokeres dan Alexander Isak sebagai “antara penyerang terbaik dunia”.

“Saya percaya mereka amat berbahaya terutamanya menerusi serangan balas pantas apabila mempunyai ruang, dan kami perlu memikirkan cara untuk menanganinya,” kata Tanaka.

Selepas mempamerkan aksi cemerlang bersama Leeds United sepanjang dua musim lalu, bermula dalam saingan Championship (divisyen dua England) sebelum beraksi dalam Liga Perdana Inggeris, Tanaka menghasilkan hantaran penting yang membawa kepada dua gol Jepun ketika mereka menewaskan Tunisia 4-0 di Monterrey, Mexico pada Sabtu.

“Beraksi secara tetap dalam persekitaran yang mencabar di England banyak membantu saya dalam perlawanan itu selain menyumbang kepada perkembangan permainan saya setakat ini.

“Namun, itu hanya satu perlawanan dan saya perlu mempamerkan prestasi yang lebih baik,” kata Tanaka yang membuat penampilan pertama sebagai kesebelasan utama pada Piala Dunia kali ini. 

Sementara itu, Tanaka berkata semangat tinggi yang sedang dinikmati pasukan itu perlu diterjemahkan kepada kemenangan dalam perlawanan seterusnya dan mereka akan melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk mendapatkan mata.- Bernama-Kyodo

Continue Reading

Previous: Jersi Brazil jadi isu politik
Next: Brazil buru slot 32 terbaik, Neymar kembali perkukuh cabaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.