Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Piala Dunia: 58 individu ditahan terlibat judi dalam talian, pertaruhan haram
  • JENAYAH

Piala Dunia: 58 individu ditahan terlibat judi dalam talian, pertaruhan haram

Utusan Sarawak 4 hours ago
GAMBAR hiasan. Foto janaan AI

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 58 individu dipercayai terlibat aktiviti pertaruhan sukan tanpa lesen dan perjudian dalam talian sempena Piala Dunia 2026.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M. Kumar berkata mereka ditahan menerusi Ops Soga XI yang dilancarkan secara bersepadu di seluruh negara bermula dari 11 Jun hingga 19 Julai.

Beliau berkata operasi berskala besar itu dijalankan dengan kerjasama strategik pelbagai agensi terutama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi memantau aktiviti promosi serta pengiklanan perjudian di platform media sosial.

“Sepanjang tempoh operasi, sebanyak 52 serbuan telah dilaksanakan yang membawa kepada penahanan 58 suspek terdiri daripada 54 lelaki dan empat wanita.

“Turut dirampas wang tunai berjumlah RM25,684.65 dan nilai pertaruhan berjumlah RM488,582.47,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kumar berkata kesemua individu ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) berkaitan untuk dokumentasi dan siasatan lanjut mengikut Seksyen 6(1) dan Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953 serta Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953.

Siasatan turut dijalankan mengikut peruntukan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

Selain itu, beliau berkata polis juga mengesan 42 platform digital termasuk laman sesawang dan aplikasi digunakan sindiket terbabit untuk mempromosikan aktiviti haram tersebut.

Kumar berkata tindakan sekatan laman web dan penurunan kandungan akan dibuat dengan bantuan MCMC.

“PDRM akan terus mempergiat penguatkuasaan bagi membanteras kegiatan ini dan orang ramai digesa menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti perjudian kepada polis,” katanya. – Bernama

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Suspek larikan mesin duit ditahan polis di Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.