Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Piala Cabaran Maybank: ‘Seperti rakan sepasukan 20 tahun’ – Sang Sik
  • SUKAN

Piala Cabaran Maybank: ‘Seperti rakan sepasukan 20 tahun’ – Sang Sik

Utusan Sarawak 3 days ago
PENGURUS ASEAN All-Stars Sang Sik Kim (tengah) bercakap pada sidang media Piala Cabaran Maybank Malaysia 2025 di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini. Pasukan ASEAN All-Stars mencatat kemenangan 1-0 ke atas Manchester United FC. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Ketua Jurulatih ASEAN All-Stars Kim Sang Sik menyifatkan pemain pasukan itu beraksi seolah-olah mereka telah lama menjadi rakan sepasukan.

Pasukan bimbingan Kim itu melakar kejutan dengan kemenangan 1-0 kepada pasukan kelab Inggeris Manchester United dalam Piala Cabaran Maybank di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.

Sang Sik berkata apa yang menjadikan ia lebih hebat ialah para pemain hanya bertemu 48 jam lebih awal sebelum pertembungan dengan anak buah Ruben Amorim itu.

“Perlawanan yang hebat dan persembahan menakjubkan daripada pasukan. Kami hanya berlatih dua hari tetapi mereka bermain seolah-olah sudah bersama 20 tahun.

“Pemain bermain dengan kerjasama yang sangat baik dan kami amat gembira dengan kejayaan ini,” katanya pada sidang media selepas perlawanan di sini malam ini.

ASEAN All-Stars memenangi perlawanan itu hasil gol minit ke-71 jaringan pemain sayap Maung Maung Lwin.

Sang Sik turut memuji prestasi dua pemain Malaysia iaitu kapten pasukan Sergio Aguero dan Declan Lambert.

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Vietnam itu berkata beliau akan melakukan analisis yerhadap kedua-dua pemain berkenaan menjelang pusingan Kelayakan PIala Asia 2027 iaitu pasukannya akan menentang Malaysia pada 10 Jun di Bukit Jalil.

Dalam pada itu, Maung Maung menyifatkan jaringannya ke atas juara Liga Perdana Inggeris (EPL) 13 kali itu seperti mimpi menjadi kenyataan.

“Detik ini jarang berlaku pada saya, dan saya ingin mendedikasikan jaringan saya kepada rantau Asia Tenggara,” katanya.

Selepas aksi di Malaysia, Manchester United akan meneruskan jelajah pascamusim ke Hong Kong untuk bertemu pasukan kebangsaan negara itu pada 30 Mei ini di Stadium Hong Kong.– Bernama

Continue Reading

Previous: PM Anwar ucap tahniah, ASEAN-All Stars tewaskan Manchester United
Next: Amorim ambil tanggungjawab kekalahan mengejut kepada ASEAN-All Stars

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.