Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Piala Asia: Pukulan sudut penalti bantu Speedy Tigress benam Singapura 5-1
  • SUKAN

Piala Asia: Pukulan sudut penalti bantu Speedy Tigress benam Singapura 5-1

Utusan Sarawak 3 days ago
FOTO Facebook Konfederasi Hoki Malaysia.

KUALA LUMPUR: Skuad hoki wanita kebangsaan tidak berdepan masalah menepati ramalan apabila menundukkan Singapura 5-1 pada aksi klasifikasi tempat kelima hingga kelapan Piala Asia Wanita 2025 di Hangzhou, China, hari ini.

Lebih menarik, Malaysia memperagakan aksi tajam dari segi pukulan sudut penalti apabila kesemua gol mereka dijaringkan menerusi situasi tersebut pada aksi yang berlangsung di Gongshu Canal Sports Park.

Khairunnisa Ayuni Mohd Sharuddin membuka tirai jaringan seawal minit keenam sebelum menggandakan koleksi peribadi pada minit ke-20.

Dayang Nuramirah Abang Mahadini turut menyerlah dengan dua gol pantas pada minit ke-16 dan ke-18.

Nuramirah Shakirah Zulkifli melengkapkan pesta jaringan skuad Speedy Tigress pada minit ke-41, sebelum perlawanan terhenti hampir sejam di suku keempat akibat cuaca buruk.

Bagaimanapun, sebaik permainan bersambung pada minit ke-50, benteng pertahanan negara akhirnya ditembusi apabila Johana Hajarith menyumbat gol sagu hati Singapura, juga menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-54.

Malaysia bakal meneruskan cabaran menentang Thailand esok, sebelum menutup saingan klasifikasi menentang Taiwan. Hanya dua pasukan teratas akan mara ke penentuan tempat kelima, Ahad ini.

Malaysia sebelum ini menamatkan saingan Kumpulan A di tempat ketiga dengan tiga mata sekali gus gagal menempatkan diri dalam kelompok dua pasukan terbaik untuk mara ke pusingan “Super 4s”.

Speedy Tigress memulakan kempen dengan langkah sumbang apabila dibelasah China 0-8, Jumaat lepas sebelum bangkit membenam Taiwan 11-1 keesokan harinya, namun sekali lagi tewas kepada Korea Selatan 0-5 pada aksi terakhir Kumpulan A, Isnin lepas.

Pencapaian terbaik Malaysia dalam sejarah kejohanan ini adalah tempat ketiga pada edisi sulung di Seoul, 1985.

-BERNAMA

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Regata Baram 2025: 24 pasukan rebut gelaran Raja Sungai Baram 2025
Next: Terbuka Hong Kong: Dua beregu campuran negara buru tiket suku akhir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.