Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Piala Asia: Malaysia tamatkan penantian 34 tahun, jumpa Thailand di final
  • SUKAN

Piala Asia: Malaysia tamatkan penantian 34 tahun, jumpa Thailand di final

Utusan Sarawak 10 hours ago
AKSI pemain pasukan negara, Muhammad Noraizat Mohd Nordin membuat libasan bola ke arah pasukan India pada pertandingan separuh akhir acara Team Regu sempena Kejohanan ASTAF Sepak Takraw Piala Asia 2025 di Stadium Titiwangsa, hari ini. Pasukan negara mara ke akhir bertemu pasukan Thailand selepas mengalahkan India 2-0. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Malaysia mara ke pentas akhir acara regu berpasukan Kejohanan Sepak Takraw Piala Asia 2025 selepas menewaskan India 2-0 di separuh akhir di Stadium Titiwangsa hari ini.

Kejayaan itu menghangatkan lagi misi memecah penantian 34 tahun untuk menumbangkan seteru utama, Thailand, yang turut layak ke final dengan kemenangan 2-0 ke atas Korea Selatan, aksi akhir bakal berlangsung petang ini.

Dalam pertemuan menentang India, skuad kendalian Ahmad Jais Baharun menurunkan regu pertama Mohamad Syahir Modh Rosdi, Mohamad Azlan Alias dan Amirul Zazwan Amir, yang meraih mata buat Malaysia hasil kemenangan 15-8, 15-6.

Kemenangan tersebut menyuntik momentum buat regu kedua, terdiri daripada Muhammad Haziq Hairul Nizam, Muhammad Noraizat Mohd Nordin dan Muhammad Afifuddin Mohd Razali, yang menamatkan perlawanan dengan keputusan 15-8, 15-5.

Terdahulu, Malaysia muncul juara dalam acara kuadran dan regu pada kejohanan edisi sulung tersebut.

Kali terakhir Malaysia menjulang kejuaraan dalam acara berpasukan adalah pada Sukan SEA Manila 1991. -Bernama  

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Kecederaan tidak halang Jun Hao beraksi di Malaysia Masters
Next: Malaysia Masters 2025: Kai Wun enggan ambil mudah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.