Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Piala Asia 2025: Malaysia tewaskan Jepun, ungguli kumpulan B acara kuadran
  • SUKAN

Piala Asia 2025: Malaysia tewaskan Jepun, ungguli kumpulan B acara kuadran

Utusan Sarawak 22 hours ago
AKSI pemain negara, Muhammad Fitri Mohd Azwadi cuba melibas bola ke arah benteng pemain Jepun dalam acara Quadrant pada Kejohanan ASTAF Sepaktakraw Piala Asia 2025 di Stadium Titiwangsa, hari ini. Malaysia menang 17-15 dan 15-10 pada perlawanan tersebut. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Malaysia menamatkan saingan kumpulan B dalam acara kuadran di kedudukan teratas selepas menewaskan Jepun pada Kejohanan Sepak Takraw Piala Asia 2025 di Stadium Titiwangsa di sini hari ini.

Pada aksi terakhir peringkat kumpulan itu, Malaysia yang mempertaruhkan Amirul Zazwan Amir, Norfaizzul Abd Razak, Muhammad Shahalril Aiman Halim dan Muhammad Fetri Mohd Azwadi diberikan tentangan sengit seawal permainan, sebelum bangkit mencuri mata kemenangan set pertama 17-15.

Umpanan Amirul Zazwan yang disambut dengan rejaman Muhammad Afifuddin pada mata akhir tidak mampu ditampan sempurna oleh pemain Jepun, sekali gus akur memberikan kemenangan mutlak 15-10 kepada Malaysia.

Kuadran negara yang dibimbing Mohammad Zulkarnain Abdul Rahman akan beraksi dalam saingan separuh akhir esok dan pasukan lawan hanya diketahui sejurus perlawanan peringkat Kumpulan A, membabitkan Korea Selatan dan Vietnam berakhir malam ini.

“Ikutkan pada perlawanan berdepan China sebelum ini, sejujurnya memang masih tidak puas hati dan kita mula dapat rentak berdepan Filipina sebelum kita bawa momentum itu hingga ke hari ini.

“Esok tidak kisah siapa pun lawan kita, kami tetap bersedia,” kata Amirul Zazwan ketika ditemui pemberita.

– Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Marsyal tulang belakang sukan permotoran
Next: Pandelela mahu prestasi konsisten menjelang Kejohanan Dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.