Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Piala Asia 2025: Lebih 80 peratus pemain skuad juara piala dunia dikekalkan – PSM
  • SUKAN

Piala Asia 2025: Lebih 80 peratus pemain skuad juara piala dunia dikekalkan – PSM

Utusan Sarawak 3 weeks ago
PRESIDEN Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria (tengah) menandatangani jersi pasukan sepak takraw negara pada majlis Memperkenalkan Pemain dan Jersi Malaysia serta penaja sempena kejohanan Sepaktakraw Piala Asia Kuala Lumpur 2025. -Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Lebih 80 peratus pemain negara yang mencipta sejarah menjulang Piala Dunia Sepak Takraw 2024 dikekalkan bagi menghadapi kejohanan sepak takraw Piala Asia 2025 bermula Sabtu ini.

Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) Datuk Mohd Sumali Reduan berkata keputusan itu dilakukan bagi memastikan kesinambungan prestasi cemerlang skuad negara selain memperkukuh kombinasi sedia ada menjelang kejohanan berprestij berkenaan.

Beliau berkata mengambil acara regu sebagai contoh, barisan pemain tidak banyak berubah dengan seorang pemain muda dibawa masuk iaitu Khairul Aman Mohd Rosdi manakala bagi acara double, gandingan sama dikekalkan dengan tambahan seorang pemain muda, Muhammad Ridzwan Hakim Muhammad.

“Bagi quadrant, semua pemain bukanlah muka baharu tetapi dibentuk sebagai kombinasi baharu yang kita yakin mampu beraksi dalam pelbagai acara,” katanya pada sidang media selepas majlis memperkenalkan pemain negara bagi Piala Asia 2025 dan pelancaran jersi baharu pasukan kebangsaan di sini hari ini.

Beliau berkata tumpuan juga diberikan kepada usaha menamatkan kemarau 33 tahun negara dalam acara regu berpasukan yang bakal membuka tirai hujung minggu ini di Stadium Titiwangsa di sini. 

Sementara itu Mohd Sumali berkata jersi baharu pasukan kebangsaan keluaran Puma dengan warna rasmi kuning dan hitam itu mampu memberi suntikan semangat kepada para pemain untuk menampilkan prestasi cemerlang dalam kejohanan berkenaan.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Puma dan Telekom Malaysia (TM) yang bertindak sebagai rakan rasmi PSM bukan sahaja bagi kejohanan itu, malah dalam pelbagai program pembangunan sepak takraw negara pada masa hadapan.

Turut hadir Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) merangkap Naib Presiden Majlis Olimpik Asia (OCA) Tan Sri Dr Mohamad Norza Zakaria.

Sementara itu, Mohamad Norza berharap agar pasukan sepak takraw negara mampu menampilkan prestasi terbaik dalam kejohanan berprestij itu, khususnya dengan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri.

Piala Asia 2025 bakal menyaksikan penyertaan beberapa negara kuasa besar sukan itu dalam empat acara iaitu regu, double, quadrant dan regu berpasukan.

Malaysia diundi dalam Kumpulan D bagi acara regu bersama Filipina, Nepal dan Singapura manakala dalam acara regu berpasukan, Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama Korea Selatan, Brunei dan Jepun.

Bagi acara quadrant, Malaysia berada dalam Kumpulan B bersama Filipina, Jepun dan China manakala acara double menyaksikan Malaysia berdepan cabaran dari Thailand, Taiwan dan Nepal, juga dalam Kumpulan B.

Berikut senarai pemain Malaysia pada Piala Asia 2025:

Acara Regu:

1. Mohammad Syahir Mohd Rosdi (Tekong)

2. Mohamad Azlan Alias (Apit Kanan)

3. Farhan Adam (Apit Kiri)

4. Khairul Aman Mohd Rosdi (Apit Kanan)

5. Muhammad Haziq Hairul Nizam (Tekong)

Acara Double:

1. Muhammad Noraizat Mohd Nordin (Apit Kanan)

2. Aidil Aiman Azwawi (Apit Kiri)

3. Muhammad Ridzwan Hakim Muhammad (Apit Kanan)

Acara Quadrant:

1. Amirul Zazwan Amir (Apit Kiri)

2. Norfaizzul Abd Razak (Apit Kiri)

3. Muhammad Fetri Mohd Azwadi (Apit Kanan)

4. Muhammad Shahalril Aiman Halim (Apit Kanan)

5. Muhammad Zarif Marican Ibrahim Marican (Tekong)

6. Muhammad Afifuddin Mohd Razali (Apit Kanan)

-Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: SMK Melugu juara Beregu Bawah 18 Tahun MSSB Sri Aman 2025
Next: Danish Iftikhar dominasi acara trek, gondol emas 200M

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.