Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • PIA sambung semula operasi penerbangan
  • GLOBAL

PIA sambung semula operasi penerbangan

Utusan Sarawak 4 years ago
PAKISTAN International Airlines (PIA) akan memulakan semula operasi penerbangan dari Islamabad ke Kabul pada minggu depan. • Foto AFP

ISLAMABAD: Pakistan International Airlines (PIA) akan memulakan semula operasi penerbangan dari Islamabad ke Kabul pada minggu depan.

Perkara itu disahkan oleh jurucakap, Abdullah Hafeez Khan dari syarikat penerbangan tersebut.

PIA akan menjadi syarikat penerbangan komersial antarabangsa yang pertama menyambung semula operasi selepas Taliban menguasai Afghanistan pada bulan lalu.

Lapangan terbang di Kabul musnah ketika operasi pemindahan membabitkan seramai 120,000 orang berikutan pengunduran tentera Amerika Syarikat (AS) pada 30 Ogos lalu.

Kumpulan Taliban juga sedang berusaha memulihkan semula operasi lapangan terbang dengan bantuan daripada pakar warga Qatar.

“Kami sudah mendapat semua kebenaran teknikal untuk operasi penerbangan.

“Penerbangan komersial pertama kami adalah dari Islamabad ke Kabul pada 13 September ini,” katanya. – AFP

Continue Reading

Previous: Vaksin tamatkan pandemik diragui
Next: Johnson umum pelan pemulihan musim sejuk

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.