Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Phivolcs Filipina: Amaran Tahap 3 Gunung Berapi Mayon tidak mungkin diisytiharkan
  • GLOBAL

Phivolcs Filipina: Amaran Tahap 3 Gunung Berapi Mayon tidak mungkin diisytiharkan

Utusan Sarawak 1 day ago
GAMBAR gunung berapi Mayon dengan bentuk kon yang hampir sempurna, pemandangan dari permukaan tanah serta lanskap sekitarnya. Foto fail

MANILA: Peningkatan status amaran Gunung Berapi Mayon ke Tahap 3 dilihat belum berkemungkinan buat masa ini, menurut Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina (Phivolcs) pada Jumaat.

“Setakat Jumaat, kami belum melihat petunjuk yang jelas dan berterusan untuk menaikkan amaran ke Tahap 3,” kata Pengarah Phivolcs Teresito Bacolcol kepada Agensi Berita Filipina (PNA).

Phivolcs merekodkan 43 kejadian runtuhan batuan di Gunung Berapi Mayon dari 12.00 tengah malam 1 Januari hingga 12.00 tengah malam 2 Januari, sedikit menurun berbanding 47 kejadian yang dicatatkan dari 31 Disember 2025 hingga 1 Januari.

“Sekiranya kami mengesan peningkatan parameter, kami mungkin akan menaikkan amaran ke Tahap 3. Penilaian akan dibuat secara hari-ke-hari,” katanya.

Phivolcs menaikkan status amaran Mayon daripada Tahap 1 iaitu ketidakstabilan rendah kepada Tahap 2 yang menunjukkan tahap ketidakstabilan sederhana pada Khamis, susulan peningkatan mendadak kejadian runtuhan batu serta pengembangan berterusan struktur gunung berapi itu.

Bacolcol berkata peningkatan runtuhan batu berpunca daripada pergerakan bahan panas ke arah atas di dalam gunung berapi, yang menyebabkan kubah puncak serta mendapan lava lama menjadi tidak stabil.

Disebabkan cerun Gunung Berapi Mayon yang curam, bahan-bahan ini mudah terlerai lalu mengakibatkan kejadian runtuhan batu, jelas beliau. Aktiviti sedemikian menunjukkan ketidakstabilan dalaman dan berpotensi mencetuskan peningkatan runtuhan batu serta aliran piroklastik berkepadatan tinggi.- Bernama-PNA

Continue Reading

Previous: Indonesia perkenal khidmat masyarakat, mediasi ganti hukuman penjara
Next: Helikopter dengan empat individu terhempas di Arizona

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.