PH ambil tanggungjawab kolektif selepas kalah di Negeri Sembilan

Facebook
WhatsApp
PENGARAH Pilihan Raya PH Datuk Seri Amirudin Shari.

SEREMBAN: Semua pemimpin Pakatan Harapan (PH) akan memikul tanggungjawab secara kolektif susulan kekalahan gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16, kata Pengarah Pilihan Raya PH Datuk Seri Amirudin Shari malam ini.

Beliau berkata kepimpinan gabungan itu, daripada peringkat tertinggi hingga ke akar umbi akan memikul tanggungjawab secara bersama, sambil menegaskan bahawa tiada individu, kumpulan, komuniti atau mana-mana pihak akan dipersalahkan secara khusus.

“Sebagai pemimpin PH, kami mengambil tanggungjawab secara kolektif. Ia bukan soal menuding jari kepada mana-mana individu, kumpulan, komuniti atau mana-mana pihak.

“Kami akan memikul tanggungjawab secara kolektif, daripada kepimpinan tertinggi hingga ke akar umbi organisasi,” katanya di pusat gerakan PH di sini malam ini.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi, PH memperoleh 11 daripada 36 kerusi yang ditandinginya dalam pilihan raya itu manakala Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) masing-masing memenangi 18 dan tujuh kerusi. – Bernama

PRN NS: Anthony Loke Tewas di DUN Chennah

SEREMBAN: Setiausaha Agung DAP Anthony Loke gagal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah selepas tewas kepada calon Barisan Nasional

Aminuddin tewas di DUN Linggi

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun tewas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi pada Pilihan Raya Negeri