Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • PGA Sarawak rampas RM28.60 juta dalam Op Taring
  • JENAYAH

PGA Sarawak rampas RM28.60 juta dalam Op Taring

Utusan Sarawak 5 hours ago
KAKITANGAN PGA menjalankan serbuan

KUCHING: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak merekodkan 20 kejayaan operasi dari 1 hingga 15 Mac 2026 menerusi pelaksanaan Op Taring Alpha, Op Taring Bravo, Op Taring Chiller, Op Taring Batas/Awas dan Op Taring Libas dengan nilai rampasan keseluruhan RM28.60 juta.

Komander Briged Sarawak PGA, Lim Bak Phai berkata, sepanjang operasi tersebut pihaknya menahan 34 individu terdiri daripada 24 warga tempatan dan 10 warga asing hasil beberapa siri serbuan serta pemeriksaan yang dijalankan di beberapa daerah di Sarawak.

Beliau berkata operasi itu turut berjaya merampas pelbagai barangan termasuk minuman keras, rokok, produk makanan, produk sejuk beku, bahan api dan balak selain beberapa kenderaan serta peralatan yang dipercayai digunakan dalam aktiviti berkenaan.

SAC Lim Bak Phai

Menurutnya, sepanjang pelaksanaan Op Taring oleh Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am bermula 1 Januari hingga 15 Mac 2026, sebanyak 145 kes telah direkodkan dengan nilai rampasan keseluruhan RM105.38 juta.

“Dalam tempoh tersebut juga seramai 134 individu telah ditahan, terdiri daripada 98 warga tempatan dan 36 warga asing,” katanya.

Oleh Connie Chieng

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Empat lelaki ditahan terlibat penyalahgunaan dadah di Siburan
Next: IPD Sri Aman tahan 8 individu, buka 10 kertas siasatan kes dadah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.