Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • PGA Sarawak rampas RM1.82 juta dalam serbuan Op Hazard 3.0 di seluruh Sarawak
  • Selatan
  • WILAYAH

PGA Sarawak rampas RM1.82 juta dalam serbuan Op Hazard 3.0 di seluruh Sarawak

Utusan Sarawak 7 hours ago
PGA Sarawak rampas RM1.82 juta dalam serbuan Op Hazard 3.0 di seluruh Sarawak

KUCHING: Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am (PGA) telah melaksanakan 10 serbuan bersepadu di bawah Op Hazard 3.0 pada 6 April di beberapa lokasi sekitar Sarawak termasuk Kuching, Sri Aman, Sibu, Bintulu dan Miri, dengan jumlah rampasan keseluruhan bernilai RM1.82 juta.

Komander Briged Sarawak PGA, SAC Lim Bak Phai berkata, operasi tersebut dijalankan dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar, Majlis Daerah Sri Aman, pihak berkuasa tempatan Sibu, Lembaga Kemajuan Bintulu dan Majlis Bandaraya Miri.

Beliau berkata, seramai 12 individu telah ditahan, terdiri daripada 10 warga tempatan dan dua warga asing yang disyaki menjalankan aktiviti pengumpulan serta pemprosesan sisa elektronik tanpa mematuhi syarat pelesenan dan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

PGA Sarawak rampas RM1.82 juta dalam serbuan Op Hazard 3.0 di seluruh Sarawak

“Serbuan tersebut membawa kepada rampasan pelbagai komponen sisa elektronik seperti wayar dan kabel elektrik, komponen elektronik, bateri terpakai, tayar serta peralatan pemprosesan. Turut dirampas ialah kenderaan dan kontena yang dipercayai digunakan bagi kegiatan tersebut,” katanya.

Menurut beliau, operasi itu bertujuan membanteras aktiviti pengurusan sisa elektronik secara haram yang berpotensi menjejaskan alam sekitar serta keselamatan awam.

“Tindakan tegas akan terus diambil terhadap mana-mana pihak yang menjalankan aktiviti yang menyalahi undang-undang,” tegasnya.

Kesemua tangkapan dan rampasan telah diserahkan kepada pihak berkuasa berkaitan untuk tindakan lanjut mengikut bidang kuasa masing-masing.

Beliau berkata, Briged Sarawak PGA akan terus melaksanakan operasi seumpama ini secara berterusan.

Oleh Connie Chieng

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Lelaki hilang ditemui meninggal dunia di Kanowit
Next: Dua projek RTP RM500,000 siap, tingkat kemudahan SK To Eman Nyabor

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.