Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • PGA Sarawak rampas peranti, cecair rokok elektronik bernilai RM1.32 juta
  • JENAYAH

PGA Sarawak rampas peranti, cecair rokok elektronik bernilai RM1.32 juta

Utusan Sarawak 3 hours ago
 SERBUAN dijalankan di beberapa premis yang menjual peranti rokok elektronik di beberapa daerah di Sarawak. Foto PGA Sarawak

KUCHING: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak merampas sebanyak 7,363 peranti rokok elektronik bersama 203.823 liter cecair rokok elektronik dengan nilai anggaran keseluruhan RM1,329,656.30 dalam Operasi Bersepadu E-Cigarette Mega yang dilaksanakan pada 10 Februari lalu.

Operasi berkenaan dijalankan bersama Kementerian Kesihatan (KKM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan pihak berkuasa tempatan di beberapa daerah di Sarawak.

Ketua Briged Sarawak, SAC Lim Bak Phai berkata, selain peranti rokok elektronik, pihaknya turut merampas pelbagai jenis rokok bernilai RM7,017.30 dalam serbuan tersebut.

Menurut beliau, operasi itu melibatkan pemeriksaan ke atas 20 premis yang dikenal pasti terlibat dalam penjualan dan pengedaran peranti rokok elektronik yang melanggar peraturan.

“Seramai 20 penjaga premis turut diperiksa bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan berkaitan penjualan dan pengedaran peranti rokok elektronik,” katanya dalam satu kenyataan.

SERBUAN dijalankan di beberapa premis yang menjual peranti rokok elektronik di beberapa daerah di Sarawak. Foto PGA Sarawak

Beliau menjelaskan, kerjasama strategik antara PGA dan agensi penguatkuasa berkaitan bertujuan memastikan pematuhan terhadap peraturan kawalan produk merokok demi melindungi kesihatan awam, selain membanteras penjualan tanpa lesen dan aktiviti cukai yang tidak diisytiharkan.

Lim menegaskan bahawa penjualan peranti rokok elektronik yang tidak mematuhi piawaian serta peraturan ditetapkan adalah satu kesalahan. Ia termasuk penjualan tanpa kelulusan atau lesen sah, produk yang tidak berdaftar atau tidak diluluskan pihak berkuasa, serta penggunaan rokok elektronik di kawasan larangan.

“Semua pemeriksaan dan rampasan telah diserahkan kepada KKM untuk tindakan lanjut selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya.

Dalam operasi sama, KKM turut mengeluarkan 20 notis di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024, manakala pihak berkuasa tempatan dan LHDN menjalankan pemeriksaan serta tindakan penguatkuasaan mengikut bidang kuasa masing-masing.

Oleh Connie Chieng

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Empat premis rokok elektronik diserbu di Miri, produk bernilai RM500,000 disita
Next: Lelaki 33 tahun ditahan miliki syabu dalam Op Tapis Khas IPD Betong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.