Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • PGA Sarawak rampas barangan seludup RM35.31 juta dalam tempoh dua minggu
  • JENAYAH

PGA Sarawak rampas barangan seludup RM35.31 juta dalam tempoh dua minggu

Utusan Sarawak 5 hours ago
PELAKSANAAN Op Taring Alpha, Bravo, Charlie, Chiller, Batas/Awas dan Libas, yang dijalankan secara bersepadu bermula 15 hingga 31 Januari lalu. Foto Bridged PGA Sarawak
 

KUCHING: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak mencatat kejayaan besar dalam usaha membanteras jenayah rentas sempadan apabila merekodkan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM35.31 juta hasil pelbagai siri operasi yang dilaksanakan dalam tempoh hanya dua minggu di seluruh negeri ini.

Kejayaan tersebut dicapai menerusi pelaksanaan intensif Op Taring yang merangkumi Op Taring Alpha, Bravo, Charlie, Chiller, Batas/Awas dan Libas, yang dijalankan secara bersepadu bermula 15 hingga 31 Januari lalu dengan fokus utama membanteras aktiviti penyeludupan dan jenayah terancang.

Komander Briged Sarawak PGA, Senior Asisten Komisioner (SAC) Lim Bak Phai dalam satu kenyataan media berkata, rampasan terbesar melibatkan produk sejuk beku tanpa permit sah yang dianggarkan bernilai RM25.01 juta, selain pelbagai barangan seludup lain yang turut dikesan sepanjang operasi berkenaan.

 
PELAKSANAAN Op Taring Alpha, Bravo, Charlie, Chiller, Batas/Awas dan Libas, yang dijalankan secara bersepadu bermula 15 hingga 31 Januari lalu. Foto Bridged PGA Sarawak

Menurut beliau, turut dirampas adalah rokok dan minuman keras tidak bercukai bernilai RM5.79 juta, barangan kawalan seperti bawang putih, gula, tong gas petroleum cecair (LPG) dan beras bernilai RM1.17 juta, kayu balak hasil pembalakan haram bernilai RM425,000 serta mercun dan bunga api tanpa permit sah yang dianggarkan bernilai RM2.21 juta.

Beliau menegaskan bahawa kenderaan serta peralatan yang digunakan dalam kegiatan haram tersebut turut disita bagi membantu siasatan lanjut, selain mengekang rangkaian sindiket daripada terus beroperasi.

Mengulas prestasi keseluruhan bagi bulan Januari 2026, SAC Lim Bak Phai memaklumkan bahawa Briged Sarawak PGA telah merekodkan sebanyak 55 kes dengan 57 tangkapan melibatkan warga tempatan dan asing, manakala nilai rampasan keseluruhan bagi tempoh berkenaan mencecah RM45.8 juta.

Sehubungan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihati orang ramai supaya sentiasa mematuhi undang-undang serta tidak terlibat atau bersubahat dalam sebarang aktiviti penyeludupan, penyimpanan atau penjualan barangan tanpa permit yang sah.

Kesemua tangkapan dan rampasan telah diserahkan kepada agensi penguat kuasa berkaitan untuk tindakan lanjut, manakala PGA Briged Sarawak menegaskan komitmen berterusan untuk mempergiat operasi penguatkuasaan bagi memastikan keselamatan sempadan dan ketenteraman awam di Sarawak terus terpelihara.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Ops Tapis Narkotik: 195 individu ditahan, dadah bernilai hampir RM300,000 dirampas di Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.