Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • PGA rekod empat kejayaan Op Taring Charlie, rampas mercun bernilai RM2.2 juta
  • JENAYAH

PGA rekod empat kejayaan Op Taring Charlie, rampas mercun bernilai RM2.2 juta

Utusan Sarawak 3 hours ago
PASUKAN Gerakan Am (PGA) Briged Sarawakmerekodkan empat kejayaan menerusi Op Taring Charlie yang dilaksanakan, baru-baru ini.

KUCHING: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawakmerekodkan empat kejayaan menerusi Op Taring Charlie yang dilaksanakan dari 26 hingga 28 Januari lalu, melibatkan rampasan mercun dan bunga api tanpa permit sah dengan nilai keseluruhan RM2.2 juta.

Komander Briged Sarawak PGA, SAC Lim Bak Phai berkata serbuan di Kuching membawa kepada penahanan seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun dengan nilai rampasan berjumlah RM159,448.

“Di Lubok Antu pula, seorang lelaki tempatan berusia 18 tahun ditahan bersama 5,676 unit mercun dan bunga api bernilai RM371,700,” katanya.

PASUKAN Gerakan Am (PGA) Briged Sarawakmerekodkan empat kejayaan menerusi Op Taring Charlie yang dilaksanakan, baru-baru ini.

Menurut beliau, di Bintulu, seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun ditahan bersama 8,778 unit mercun dan bunga api serta sebuah kenderaan, menjadikan nilai rampasan keseluruhan RM1,572,135.

“Sementara itu, di Sibu, seorang lelaki tempatan berusia 49 tahun ditahan dengan nilai rampasan RM107,262,” katanya.

Kesemua tangkapan dan rampasan telah diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) berkaitan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

Sehubungan itu, beliau menasihati semua peniaga mercun dan bunga api supaya mematuhi undang-undang serta peraturan yang berkuat kuasa dan hanya menjalankan penjualan dengan permit serta kelulusan yang sah.

Oleh Connie Chieng

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Dua pencuri kabel bernilai RM46,750 ditangkap di Loji Rawatan Air Trusan
Next: SPRM tahan KP, Timbalan KP Jabatan Alam Sekitar bantu siasatan kes e-waste

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.