Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • PFF hulur 500 bungkusan makanan
  • TEMPATAN

PFF hulur 500 bungkusan makanan

Utusan Sarawak 4 years ago
TERIMA KASIH …. Azizei Fauzi (kiri) menyerahkan bungkusan bantuan makanan kepada wakil Pejabat Kebajikan Bahagian Sibu di perkarangan bangunan Kompleks Islam Sibu, petang semalam.

SIBU: Bertujuan untuk membantu mengurangkan bebanan golongan kurang upaya dan ibu tunggal, Petro Flanges & Fitting (PFF) telah mengambil inisiatif menghulurkan 500 bungkusan bantuan makanan.

Daripada jumlah tersebut,masing-masing sebanyak 200 bungkusan bantuan makanan untuk Daerah Sibu dan Kanowit serta Kapit (100 bungkusan bantuan makanan).

Bantuan tersebut telah diserahkan oleh Pengarah Projek Petro Flanges & Fitting, Azizei Fauzi, bagi mewakili pengarah syarikat tersebut,Nuraiman Annuar.

Menurut Azizei, pihaknya menyerahkan bungkusan bantuan makanan tersebut kepada Pejabat Kebajikan Bahagian Sibu untuk proses pengagihan.“Ini merupakan bantuan ikhlas daripada pihak syarikat kami kepada golongan kurang upaya dan ibu tunggal.

“Sebelum ini, pihak kami juga telah menghulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran, tetapi ia tidak sepertimana hari ini, dimana kami datang dari Kuching untuk menghantar bungkusan bantuan makanan ke Sibu,”jelasnya.

Continue Reading

Previous: Pelbagai inisiatif bantu penjaja jalanan
Next: Perlu kerjasama semua pihak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.