Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Petugas pantau operasi sektor ekonomi
  • TEMPATAN

Petugas pantau operasi sektor ekonomi

Utusan Sarawak 5 years ago
PEMATUHAN SOP di tempat awam dan pasar raya dipantau oleh pihak berkuasa.

ADI SAFARMAN

SIMANGGANG: Bermula pagi semalam iaitu hari pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi Negeri Sarawak hampir keseluruhan sektor ekonomi beroperasi.

Pasukan Petugas Operasi Pematuhan bagi pemantauan dan penguatkuasaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) PKPB daerah Sri Aman yang dianggotai PDRM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), RELA dan Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Daerah Sri Aman lebih fokus kepada tahap pematuhan SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Antara pendekatan yang diambil oleh pasukan pematuhan itu antaranya menjalankan pemeriksaan secara rawak terhadap sektor industri atau ekonomi yang beroperasi dan terus memberi amaran jika tahap kebolehpatuhan para peniaga/pengusaha terhadap SOP PKPB berada pada tahap tidak memuaskan.

Pasukan itu akan berada di lapangan setiap hari mengikut syif bermula jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang dan dari 4.00 petang hingga 12.00 pagi sepanjang PKPB dilaksanakan sehingga 9 Jun ini.

Dalam pemantauan yang dilakukan di Daerah Sri Aman semalam, keadaan adalah terkawal dan orang ramai menunjukkan kawalan kendiri yang tinggi walaupun terdapat peningkatan pergerakan serta jumlah kenderaan dan orang yang keluar.

Hampir kesemua pemilik premis yang diperiksa juga mematuhi SOP yang ditetapkan.

Ada juga yang sudah menggunakan kod QR untuk memastikan pelanggan mengisi butir  peribadi sebelum memasuki sesuatu premis untuk urusan jual beli sebagai inisiatif pengesanan kontak jika sesuatu berlaku.

Selain itu rata-rata pengusaha restoran makanan dan minuman turut menyediakan pensanitasi tangan, mengehadkan jumlah pelanggan pada satu-satu masa, dan memastikan pelanggan beratur di luar premis dalam jarak sosial satu meter.

Continue Reading

Previous: 27 PATI, 4 warga tempatan dicekup
Next: Ziarah Hari Raya, Gawai sehari sahaja

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.