Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Petugas kesihatan dikompaun merokok di premis makanan
  • JENAYAH

Petugas kesihatan dikompaun merokok di premis makanan

Utusan Sarawak 16 hours ago
PETUGAS kesihatan dikompaun merokok di premis makanan. Foto sumber media sosial

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan individu yang tular merokok di sebuah premis makanan di Rawang merupakan penjawat awam dari Pejabat Kesihatan Daerah Gombak.

KKM dalam kenyataan hari ini memaklumkan kompaun telah dikenakan terhadap individu berkenaan di bawah Seksyen 16(2) Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) kerana merokok di tempat makan.

Menurut kementerian itu, tindakan tatatertib dalaman turut akan diambil selaras dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) bagi memastikan integriti perkhidmatan awam terus terpelihara.

Terdahulu, tular di media sosial dakwaan seorang kakitangan KKM merokok di sebuah restoran di Rawang.

KKM menegaskan premis makanan merupakan antara 28 kawasan larangan merokok yang diwartakan bagi melindungi kesihatan awam.

“Kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana warga kerja yang melanggar undang-undang, dan akan terus melaksanakan penguatkuasaan secara tegas, adil serta konsisten,” menurut kenyataan itu. – Bernama

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Tapis IPD Meradong
Next: Dua lelaki ditahan di Bau kerana penyalahgunaan dadah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.