Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Petugas JUPEM hilang di Limbang: Bantuan menyeluruh kepada keluarga sepanjang operasi mencari, menyelamat
  • NASIONAL

Petugas JUPEM hilang di Limbang: Bantuan menyeluruh kepada keluarga sepanjang operasi mencari, menyelamat

Utusan Sarawak 3 hours ago
MENTERI NRES, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup, mengarahkan semua bentuk bantuan dan sokongan moral disalurkan kepada keluarga petugas Jupem yang hilang ketika menjalankan tugas pengukuran sempadan Malaysia-Brunei. Foto Bernama

PUTRAJAYA: Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) memberikan jaminan bahawa kebajikan keluarga petugas Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem) yang hilang di Sungai Pandaruan, Limbang, akan terus diberi perhatian sepanjang tempoh operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Menterinya Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata beliau telah mengarahkan pihak Jupem supaya menyalurkan segala bentuk bantuan yang diperlukan termasuk sokongan moral, serta penyelarasan kebajikan kepada keluarga mangsa sepanjang tempoh pencarian dan proses seterusnya.

“Marilah kita bersama-sama mendoakan agar urusan pasukan SAR dipermudah dan keluarga mangsa diberikan ketabahan serta kekuatan dalam menghadapi dugaan ini.

“NRES akan terus memantau perkembangan operasi SAR dari semasa ke semasa, dan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa di Sarawak bagi memastikan segala usaha dilakukan untuk menemukan mangsa,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Arthur berkata beliau telah dimaklumkan mengenai insiden menyedihkan yang menimpa seorang petugas Jupem, yang dilaporkan hilang dibawa arus deras ketika sedang menjalankan tugas pengukuran sempadan antarabangsa Malaysia-Brunei di Sungai Pandaruan.

Beliau berkata insiden itu amat menyedihkan dan merakamkan rasa simpati serta dukacita kepada keluarga mangsa.

“Kami memahami bahawa ini ialah waktu yang amat sukar dan mencabar bagi mereka. Mangsa merupakan seorang penjawat awam yang berdedikasi.

“Tugasan pengukuran sempadan bukanlah satu tugas yang mudah dan ia menuntut keberanian serta pengorbanan yang tinggi demi kedaulatan serta kepentingan negara di kawasan yang sering kali mempunyai muka bumi yang mencabar,” katanya.- Bernama

Continue Reading

Previous: Aidilfitri bukan ‘Pesta Makan’, bersederhanalah demi kesihatan – Pakar Pemakanan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.