Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Petros nafi dakwaan 1,000 pekerja Bangladesh
  • SEMASA

Petros nafi dakwaan 1,000 pekerja Bangladesh

Utusan Sarawak 10 hours ago
UNTUK KENANGAN…Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima cenderamata yang disampaikan oleh beberapa pemimpin masyarakat di Majlis Makan Malam Bersama Komuniti Bahagian Miri.

MIRI: Dakwaan kononnya Sarawak meminta 1,000 pekerja dari Bangladesh untuk bekerja dengan PETROS disifatkan sebagai tidak benar dan tidak pernah dibincangkan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, menegaskan perkara tersebut merupakan naratif yang diputarbelitkan di media sosial tanpa sebarang asas kukuh.

Menurut beliau, tiada sebarang surat dikeluarkan oleh Jabatan Tenaga Kerja berhubung perkara itu, sekali gus menafikan sepenuhnya dakwaan berkenaan.

“Itu tidak pernah dibincangkan, tidak pernah disebut dan tidak ada surat daripada Jabatan Tenaga Kerja. Jabatan juga tidak mengeluarkan sebarang dokumen berkaitan perkara tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Bersama Komuniti Bahagian Miri malam tadi.

Menurut Abang Johari, dakwaan tersebut turut dimanipulasi dengan menggambarkan seolah-olah penubuhan PETROS bertujuan membuka peluang pekerjaan kepada pekerja asing, sekali gus menjejaskan peluang rakyat tempatan.

“Itu tidak benar. Kita tidak pernah merancang sedemikian dan keutamaan tetap diberikan kepada rakyat Sarawak,” tegasnya.

Beliau berkata demikian susulan penyebaran maklumat di media sosial yang mendakwa Sarawak membuka peluang pekerjaan kepada tenaga kerja asing sehingga menjejaskan peluang rakyat tempatan.

Tambahnya, isu berkenaan mungkin timbul susulan kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia, Manjurul Karim Khan Chowdhury, baru-baru ini.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Siri Ops Tiris pacu lonjakan kes, rampasan lebih RM260 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.