Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Petros kini antara pengeluar ekuiti minyak dan gas utama di Malaysia
  • BISNES

Petros kini antara pengeluar ekuiti minyak dan gas utama di Malaysia

Utusan Sarawak 43 mins ago

SEJAK ditubuhkan pada 2017, Petroleum Sarawak Berhad (Petros) telah berkembang menjadi salah satu pengeluar ekuiti minyak dan gas utama di Malaysia. 

Melalui Pelan Hala Tuju Gas Sarawak (SGR), lebih banyak gas digunakan dalam negeri untuk membangunkan hab industri di Miri, Samalaju, Bintulu dan Kuching, sekali gus mewujudkan lebih banyak pekerjaan berpendapatan tinggi.

Petros sedang menggiatkan semula pembangunan hidrokarbon darat melalui teknologi baharu dan kerjasama antarabangsa, termasuk usaha penerokaan bersama Japan Organization for Metals and Energy Security di kawasan Mukah–Balingian serta kerja rintis di Miri dan tinjauan moden dari Limbang ke Mukah.

Projek ini bertujuan membuka potensi sumber baharu secara berhati-hati dan berasaskan data demi manfaat jangka panjang kepada Sarawak. 

Infrastruktur utama seperti saluran paip gas Bintulu–Samalaju sedang dibangunkan bagi memastikan bekalan tenaga yang kompetitif dan stabil untuk pelabur.

Di Kuching, Petros menerajui pembangunan Hab Rendah Karbon Kuching yang bakal menjadi asas kepada kluster industri hijau merangkumi kuasa gas lebih bersih, industri rendah karbon serta infrastruktur pemerapan, penggunaan, dan penyimpanan karbon (CCUS), disokong oleh kemudahan tenaga, pengangkutan dan pelabuhan baharu.

Setiap pencapaian Petros meningkatkan keyakinan pelabur terhadap visi dan tadbir urus Sarawak. 

Sebagai aggregator gas tunggal, Sarawak dapat memastikan gas dimanfaatkan untuk industri sendiri serta hasilnya dilaburkan semula dalam infrastruktur penting.

Sarawak menekankan bahawa mereka tidak boleh bergantung kepada eksport gas semata-mata sehingga sumber habis tanpa membina asas industri. 

Pendekatan seimbang antara eksport dan pembangunan domestik diambil untuk memastikan gas memacu pertumbuhan negeri terlebih dahulu.

Usaha ini memposisikan Sarawak sebagai peneraju perindustrian rendah karbon di rantau ini, selaras dengan pembangunan Kluster Perindustrian Peralihan Bintulu yang diiktiraf oleh Forum Elomomi Sedunia sebagai yang pertama di Malaysia dan antara 38 kluster industri terkemuka dunia.

Sumber: Sedutan ucapan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika menggulung perbahasan pada hari terakhir sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam, 4 Disember 2025.

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia dibuka meningkat seiring pemulihan Wall Street

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.