Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • PETROS kejayaan terbesar S’wak
  • TEMPATAN

PETROS kejayaan terbesar S’wak

Utusan Sarawak 3 years ago
RASMI… Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sedang melakukan gimik perasmian Majlis Demak Fabrication Yard di Kuching pada 4 Mac tahun lepas.

PENUBUHAN Syarikat Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) adalah merupakan satu kejayaan terbesar Sarawak, kata Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Ini kerana penubuhan syarikat berkenaan secara tidak langsung telah membuktikan kejayaan Kerajaan Sarawak dalam proses menuntut kembali hak dan keistimewaan negeri yang telah terhakis dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Sarawak kini memiliki hak mengeksploitasi sumber semula jadi negeri ini sepenuhnya, termasuk industri minyak dan gas berikutan penubuhan syarikat milik kerajaan negeri, iaitu PETROS.

“Malahan penubuhan PETROS telah memperlihatkan hubungan utuh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak melalui proses perundingan dijalankan sebelum ini, terutama yang melibatkan proses penurunan kuasa pentadbiran berkaitan,” katanya.

Ketua Menteri berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Perasmian PETROS di sebuah hotel terkemuka dalam bandar raya ini pada 6 Mac 2018.

Beliau menerusi majlis berkenaan juga memberitahu penubuhan PETROS sememangnya signifikan dalam usaha Kerajaan Sarawak untuk mengembalikan hak dan keistimewaan negeri termasuk proses penurunan kuasa yang dilaksanakan.

Continue Reading

Previous: Usahawan digesa manfaat teknologi digital
Next: DBOS pacu ekonomi Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.