Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Petros kaji potensi gas, minyak di Utara Sarawak
  • BISNES

Petros kaji potensi gas, minyak di Utara Sarawak

Utusan Sarawak 1 day ago
SIDANG MEDIA…Datuk Patinggi Abang Johari dan Awang Tengah pada sesi sidang media di Limbang.

LIMBANG: Limbang dan Lawas memiliki masa depan cerah berikutan potensi simpanan rizab minyak dan gas di Utara Sarawak.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata kajian awal yang dijalankan oleh Petroleum Sarawak Berhad (Petros) menunjukkan perkembangan positif berhubung potensi rizab minyak dan gas di kawasan tersebut.

Beliau menjelaskan bahawa potensi rizab minyak dan gas di utara Sarawak sangat besar dan mampu mendorong pembangunan menyeluruh di negeri ini.

“Petros memang telah melakukan kajian mengenai simpanan minyak dan gas. Terdapat petanda yang menunjukkan Limbang mempunyai deposit, khususnya gas, seperti di Adong, Miri. Kajian masih diteruskan dan lesen telah diberikan kepada Petros untuk meneroka gas,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Projek Lebuh Raya Pesisir Utara di Lapangan Rekreasi Limbang hari ini.

Abang Johari berkata Sarawak kini menunggu data lengkap daripada kajian awal yang dijalankan Petros selama lebih setahun. Jika potensi ini terbukti, ia dijangka memberi kesan positif kepada pembangunan kawasan utara dan negeri secara keseluruhan.

POTENSI EKONOMI…Awang Tengah ketika berkongsi maklumat mengenai Lebuh Raya Pesisir Utara kepada Abang Johari.

Beliau turut menegaskan bahawa potensi gas di Limbang dan Lawas akan membuka peluang kepada Projek Pembangunan Petrokimia yang sedang dirancang di Lawas. “Jika kita ada gas, Sarawak boleh membangunkan industri petrokimia kerana terdapat cadangan pelaburan yang akan dibawa ke Lawas,” ujarnya.

Beliau menambah, kerajaan telah mengenal pasti pelabur berpotensi dalam sektor petrokimia di kawasan itu, dan projek berkenaan dijangka menjadi pemacu utama bagi pembangunan ekonomi di bahagian Utara Sarawak, terutamanya di Limbang dan Lawas.

Fasiliti sokongan termasuk pembangunan pelabuhan juga akan disediakan bagi memudahkan eksport produk petrokimia ke pasaran global.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah, Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Koordinator Projek Agensi Pembangunan Wilayah) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, serta tetamu kenamaan lain.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Kontrak niaga hadapan emas dijangka catat prestasi tinggi, didorong belian bank pusat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.