Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Petronas sumbang RM25 juta untuk misi bantuan banjir
  • BISNES

Petronas sumbang RM25 juta untuk misi bantuan banjir

Utusan Sarawak 3 years ago

KUALA LUMPUR: Petronas akan menyalurkan sumbangan sebanyak RM25 juta untuk memberi bantuan kepada mangsa bencana banjir yang melanda beberapa kawasan di negara ini.

Dana berkenaan diperuntukkan oleh unit dan anak syarikat Kumpulan Petronas termasuk Yayasan Petronas yang mana ia akan meningkatkan jumlah sumbangan bersama syarikat berkaitan kerajaan (GLC) lain, yang merupakan sebahagian daripada Rangkaian Tindak Balas Bencana GLC (GDRN).

Dalam pada itu, Kelab Sukan dan Rekreasi Petronas, Persatuan Isteri-Isteri dan Kakitangan Wanita Petronas dan Badan Kebajikan Islam Petronas juga telah memulakan kutipan sumbangan untuk disalurkan kepada mangsa melalui Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM), kata Petronas dalam satu kenyataan semalam.

Seperti tahun sebelumnya, Petronas Dagangan Bhd (PDB) akan menyediakan perkhidmatan trak mengisi minyak bergerak, ROVR bagi membantu mangsa banjir, memberi perkhidmatan kepada pelanggan atau kepada operasi menyelamat di mana stesen minyak ditutup atau tidak boleh diakses.

Petronas turut menghulurkan bantuan kepada kakitangannya yang terjejas, termasuklah menyediakan tempat tinggal sementara, elaun makanan, cuti khas, bantuan kewangan dan makanan serta barang keperluan yang lain.- Bernama

Continue Reading

Previous: Covid-19 jejas pendapatan isi rumah bandar, luar bandar dengan ketara
Next: Pengeluaran MSM dijangka kembali meningkat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.