Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Petronas sumbang keperluan perubatan asas kepada Klinik Kesihatan Nanga Tiga
  • Selatan
  • WILAYAH

Petronas sumbang keperluan perubatan asas kepada Klinik Kesihatan Nanga Tiga

Utusan Sarawak 2 days ago
DATUK Amar Douglas Uggah Embas hadir pada majlis Petronas Memacu Kehidupan-Penyerahan Keperluan Perubatan Asas di Klinik Kesihatan Nanga Tiga di Betong, hari ini. Foto: Facebook Dr Richard Rapu

BETONG: Petroliam Nasional Berhad (Petronas) meneruskan komitmennya terhadap kesejahteraan komuniti luar bandar melalui program Petronas Memacu Kehidupan dengan penyerahan keperluan perubatan asas kepada Klinik Kesihatan Nanga Tiga dekat Ulu Layar di sini, hari ini.

Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Dalam ucapannya, beliau menzahirkan penghargaan kepada Petronas atas usaha murni tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang membantu meningkatkan taraf kesihatan masyarakat pedalaman.

“Program ini merupakan inisiatif penting bagi menyokong agenda kerajaan dalam memperkukuh perkhidmatan kesihatan, sekali gus meningkatkan kualiti hidup rakyat luar bandar,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Petronas Sarawak, Norazibah Md. Rabu menegaskan komitmen syarikat untuk terus menyalurkan sokongan melalui inisiatif kesihatan dan pembangunan komuniti.

DATUK Amar Douglas Uggah Embas hadir pada majlis Petronas Memacu Kehidupan-Penyerahan Keperluan Perubatan Asas di Klinik Kesihatan Nanga Tiga di Betong, hari ini. Foto: Facebook Dr Richard Rapu

Sesi simbolik penyerahan ini dijangka memudahkan penduduk tempatan mendapatkan rawatan lebih baik, di samping meningkatkan keupayaan klinik dalam memberi perkhidmatan kesihatan yang lebih menyeluruh. 

Majlis turut disertai dengan lawatan ke fasiliti klinik serta penyerahan cenderahati kepada pihak pengurusan.

Program Petronas Memacu Kehidupan ini adalah hasil kerjasama Petronas dengan Persatuan Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri Sarawak (SABATI) serta Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS). 

Usaha ini menzahirkan keprihatinan bersama dalam memperkukuh akses kesihatan di kawasan pedalaman negeri.

DATUK Amar Douglas Uggah Embas hadir pada majlis Petronas Memacu Kehidupan-Penyerahan Keperluan Perubatan Asas di Klinik Kesihatan Nanga Tiga di Betong, hari ini. Foto: Facebook Dr Richard Rapu

Dengan penyerahan ini, Petronas sekali lagi membuktikan komitmen dalam mendukung kesejahteraan rakyat Sarawak melalui program yang memberi impak langsung kepada komuniti.

Turut hadir Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Gerald Rentap Jabu, Timbalan Presiden I SABATI, Datin Amar Dato Doreen Mayang, Timbalan Presiden II SABATI, Dato Enn Ong Siok Ean dan Pengurus Besar Kanan Petronas, Datin Arni Laily Anwarrudin.

Hadir sama wakil JKNS, pentadbiran Bahagian Betong, pegawai perubatan Klinik Kesihatan Nanga Tiga, barisan Exco SABATI, ketua masyarakat, serta penduduk setempat.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Program KMJG 2025 kukuhkan perpaduan dan patriotisme di Serian
Next: Simulasi kecemasan Lapangan Terbang Sibu berjaya uji tindak balas agensi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.