Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Petronas sumbang 60 Kit Sains bernilai RM1.2 juta kepada sekolah di seluruh Sarawak
  • PENDIDIKAN

Petronas sumbang 60 Kit Sains bernilai RM1.2 juta kepada sekolah di seluruh Sarawak

Utusan Sarawak 1 day ago
 DR ANNUAR….Ketika mengadakan lawatan ke Program Karnival STEM SK Sungai Pasai di Sibu, hari ini.

SIBU: Sebanyak 60 set Kit Sains bernilai RM1.2 juta sumbangan Petronas dijangka akan diagihkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di seluruh Sarawak bermula Januari tahun depan.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr. Annuar Rapaee berkata, ini merupakan permulaan untuk memastikan keperluan dalam bidang Sains di sekolah rendah di Sarawak dapat dipenuhi.

Menurutnya, Kit Sains tersebut mengandungi lebih 50 jenis peralatan pembelajaran Sains, termasuk mikroskop dan tabung uji.

“Kita sedang mengatur suatu cara, ada setengah PPD yang di bandar, tapi lebih baik saya mencadangkan ada sekolah tertentu yang diamanahkan untuk menjaga menjaga alat-alat ini dan sekolah-sekolah lain boleh meminjam daripada sekolah tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan ke Program Karnival STEM Sekolah Kebangsaan Sungai Pasai di sini, hari ini.

Penganjuran karnival tersebut bertujuan untuk memberi peluang kepada murid sekolah menerokai pelbagai aktiviti berasaskan STEM, antaranya pembinaan replika jambatan, penggunaan pen 3D, pembuatan roket, serta projek elektronik.

Dr Annuar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka berkata, program seumpama itu amat penting untuk menyemai minat murid sekolah rendah terhadap bidang STEM.

“Ini sekali gus menjadi usaha ke arah meningkatkan jumlah pelajar yang memilih aliran sains di sekolah menengah pada masa akan datang,” ujarnya.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Sarawak buka pintu pendidikan untuk anak Islam Kepulauan Pasifik
Next: TVET jadi tonggak utama pembangunan modal insan Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.