Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Petronas perkenal program sokongan kepada kakitangan terjejas susulan pengurangan tenaga kerja
  • SEMASA

Petronas perkenal program sokongan kepada kakitangan terjejas susulan pengurangan tenaga kerja

Utusan Sarawak 2 days ago
PETROLIAM Nasional Bhd (Petronas) memperkenalkan program peralihan komprehensif bagi menyokong kakitangan yang terjejas dengan cadangan pengurangan tenaga kerja berikutan syarikat itu melaksanakan transformasi strategik utama bagi memastikan operasinya bersiap siaga dan kekal berdaya saing dalam landskap tenaga global yang berubah-ubah.

KUALA LUMPUR:  Petroliam Nasional Bhd (Petronas) memperkenalkan program peralihan komprehensif bagi menyokong kakitangan yang terjejas dengan cadangan pengurangan tenaga kerja berikutan syarikat itu melaksanakan transformasi strategik utama bagi memastikan operasinya bersiap siaga dan kekal berdaya saing dalam landskap tenaga global yang berubah-ubah.

Menurutnya program berkenaan menawarkan pelbagai sokongan termasuk pakej pemisahan yang berdaya saing di pasaran, bimbingan kerjaya, bantuan mencari pekerjaan, perkhidmatan sokongan emosi, bantuan perubatan, peluang menambah kemahiran dan latihan semula, dan panduan perancangan kewangan.

Petronas dalam kenyataan hari ini berkata faedah yang ditawarkan akan disesuaikan mengikut tempoh perkhidmatan, kategori pekerja dan kelayakan.

“Semua keputusan dilaksanakan dengan adil, hormat dan profesionalisme,” katanya.

Sementara itu, Petronas telah menubuhkan Majlis Peralihan dan Jawatankuasa Pembangunan Sumber Manusia untuk memantau pemetaan bakat dan keputusan penempatan melalui platform yang berstruktur.

Menurutnya ia turut bekerjasama dengan Jabatan Tenaga Kerja dan Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia di bawah Kementerian Sumber Manusia bagi memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap keperluan berkanun.

Petronas berkata ia turut bekerjasama dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) melalui MyFutureJobs bagi mengenal pasti peluang pekerjaan berpotensi kepada pekerja terjejas yang layak dalam sektor lain.

Perbincangan juga sedang dijalankan dengan syarikat berkaitan kerajaan bagi memudahkan kepada kemungkinan penugasan semula, katanya.

Selain itu, pekerja yang berminat dalam bidang keusahawanan akan mendapat akses kepada Petronas Innovation Garage, yang menawarkan bimbingan ke arah pemilikan perniagaan.

 Pada 5 Jun lepas, Petronas mengumumkan bakal mengurangkan 10 peratus daripada tenaga kerjanya melalui langkah penyusunan semula secara menyeluruh syarikat berikutan ia berusaha untuk mengurangkan kos akibat kejatuhan harga minyak mentah dan ketidaktentuan pasaran yang memberi kesan kepada keuntungannya.– Bernama

Continue Reading

Previous: AI dan media sosial, cabaran baharu wartawan jenayah pastikan berita tepat
Next: Latihan PERHEBAT cerahkan masa depan anggota ATM selepas bersara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.